MALAYSIA MAMPU SERAP TEKANAN EKONOMI: NAJIB
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ekonomi Malaysia cukup kukuh untuk menyerap tekanan ekonomi, dia ia juga akan terus berkembang.
Bercakap di London pada pelancaran PNB House, Najib juga berkata negara ini berada dalam kedudukan yang lebih kukuh berbanding ketika krisis kewangan Asia pada tahun 1997.
Memetik laporan akhbar New Straits Times, Najib berkata terdapat warga asing dan juga rakyat Malaysia yang telah memilih untuk meremehkan kekuatan Malaysia.
"Ada orang asing dan yang sedihnya beberapa rakyat Malaysia yang cuba meremehkan Malaysia.
"Secara realitinya dan cerita sebenar tentang Malaysia, kita mempunyai ekonomi yang disokong oleh asas-asas yang kukuh. Ekonomi kita berada di landasan yang betul dan dijangka berkembang pada kadar 4.5 peratus hingga 5.5 peratus tahun ini," kata Najib dalam laporan itu.
Najib turut berkata, negara ini berada dalam keadaan yang lebih baik berbanding sebelum ini.
"Hasil Malaysia terjejas ekoran kejatuhan harga minyak dan ringgit di bawah nilai yang teruk.
"Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa ini bukan 1997 atau 1998. Malaysia berada dalam kedudukan yang jauh lebih kukuh berbanding ketika itu.
"Pasaran kewangan Malaysia berada dalam keadaan yang baik dan ekonomi kita akan terus berkembang pada tahap yang sihat," tambah Najib. - ASTRO AWANI
Comments
Post a Comment