VANIDA MENJAWAB ISU LAFAZ CERAI DALAM FILEM UNTUK 3 HARI
Tuduhan dan kenyataan kontroversi beberapa pihak mengenai status ungkapan lafaz cerai pasangan ideal Rashidi Ishak dan Vanida Imran menerusi filem terbaru Untuk Tiga Hari semakin mendapat perhatian peminat filem tanah air sehingga disahkan Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria.
Namun agak kurang adil jika penjelasan terperinci diberikan dari pihak pasangan ini yang membintangi filem arahan Afdlin Shauki ini yang terus menerus dihukum sehingga menyebabkan rumah tangga yang dibina sekian lama terganggu seketika.
Rashidi yang telah memberikan penjelasan berkaitan insiden tersebut. Adegan yang mendakwa Rashidi telah melafazkan cerai ke atas isterinya Vanida Imran menerusi filem ini adalah tidak benar sama sekali. Beliau yang kesal dengan tuduhan tersebut menegaskan lafaz tersebut ditujukan kepada Ayu Raudhah. Malah beliau sendiri mahu pihak yang terpengaruh dengan tuduhan tersebut menonton filem Untuk Tiga Hari terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kesimpulan.
Bagi pihak Vanida Imran pula, tiada apa yang mampu diperjelaskan melainkan rasa kecewa terhadap tuduhan tersebut
"Apabila berita ini tersebar, ramai yang dilihat menghukum dan menyalahkan saya dan Rashidi dalam hal ini, termasuk juga Afdlin Shauki. Ia seolah-olah kami tidak tahu apa-apa tentang soal agama atau memandang mudah soal nikah kahwin ini. Saya dan Rashidi sudah berkahwin semenjak tahun 2000 dan Alhamdulillah kami masih kekal sebagai pasangan suami isteri. Takkan kami nak buat main soal rumahtangga tanpa melihat dahulu skrip filem ini.
"Saya harap peminat dan masyarakat akan lebih bersikap terbuka dan bukannya judgemental atau menilai tanpa usul periksa. Saya tahu mereka ambil tahu tetapi mungkin ada cara yang lebih molek untuk menjernihkan kekeruhan yang telah terjadi,"jawab Vanidah kepada beberapa wartawan media mengenai isu tersebut.
Menurut Vanidah, perkara ini diketahuinya melalui laman sosial Twitter miliknya apabila ada yang bertanyakan kesahihan perkara ini. Baginya adalah lebih baik berita dihebahkan ia ini diusul periksa terlebih dahulu sebelum ia dihebah kepada seluruh dunia.
"Saya pun tahu tentang perkara ini daripada Twitter, sebelumnya tiada pula yang menghubungi saya atau Rashidi terlebih dahulu bertanyakan hal ini. Tiba-tiba sudah keluar cerita sebegini dan perkara seperti perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Kalau anda menonton sendiri filem Untuk Tiga Hari, pasti anda akan jelas dengan situasi yang berlaku di antara Ujie dan Affin dalam adegan itu,"nyatanya dengan nada kesal dan kecewa dengan apa yang telah berlaku.
Rashidi dalam kenyataanya di dalam akhbar tersebut telah menjelaskan status perkara ini setelah berbincang dengan peguam syariahnya. Menurutnya, dia tidak perlu untuk merujuk kepada jabatan agama kerana tiada isu cerai yang timbul seperti yang didakwa.
Filem Untuk Tiga Hari kini sedang ditayangkan di pawagam berdekatan turut membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Ayu Raudhah, Afdlin Shauki, Fauziah Dato' Ahmad Daud, Dira Abu Zahar, Zizan Nin, Ainul Aishah, Zizan Razak, Khatijah Tan dan Ramai lagi.
Filem ini diterbitkan oleh Ahadiat Akashah yang pernah menempa kejayaan menerusi Ombak Rindu pada tahun lalu.
Sinopsis Filem.
Sinopsis Filem.
Filem arahan Afdlin Shauki berkisahkan tentang hubungan cinta Zafrin dan Ujie yang berada didalam persimpangan dilema apabila mereka terpaksa melupakan cinta untuk berkahwin dengan calon pilihan keluarga.
Zafrin mengahwini Juwita dan Ujie berkahwin dengan Armi seorang lelaki kaya yang romantik.
Untuk membuktikan cinta sejati mereka, Zafrin dan Ujie berjanji untuk meneruskan juga perkahwinan aturan keluarga itu tetapi akan berusaha bercerai setelah tiga hari berkahwin..
Namun, setelah mereka mengharungi tiga hari di alam perkahwinan pelbagai perasaan telah muncul dan timbul kesedaran bahawa mereka seolah-olah bermain dengan jodoh yang telah ditetapkan oleh Tuhan.. Adakah mereka akan meneruskan juga perjanjian untuk bersama? Adakah Armi akan melepaskan Ujie kepada Zafrin?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Comments
Post a Comment