GAPS PANDANG SERIUS DESAKAN PESERTA PERHIMPUNAN 'JANJI DEMOKRASI'
SHAH ALAM - Beberapa Insiden pada Perhimpunan Janji Demokrasi ternyata satu percubaan menimbulkan api kemarahan terhadap rakyat dan badan-badan NGO yang lain.
Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin menegaskan, beliau yang mewakili beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) memandang serius perbuatan tersebut yang dilihat mampu menggugat keselamatan Negara.
"Saya amat memandang serius dengan perbuatan-perbuatan yang kurang ajar dan tidak berpatriotik ini dan perbuatan ini telah menimbulkan api kemarahan rakyat serta boleh mengancam keamanan dan menggugat kestabilan negara.
"Saya ingin membuat laporan polis supaya penganjur serta mereka yang terlibat diambil tindakan undang-undang dibawah akta hasutan dan kanun keseksaan serta undang-undang yang lain", katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Seksyen 6 di sini hari ini.
Beliau turut mendesak pihak Kementerian Dalam Negeri melakukan siasatan terperinci dan mengambil tindakan tegas terhadap peserta yang terlibat.
Hamidzun bersama pimpinan GAPS membuat laporan polis susulan insiden beberapa peserta Perhimpunan Janji Demokrasi yang mendesak agar Sang Saka Malaya dijadikan sebagai Bendera rasmi Negara menggantikan Jalur Gemilang.
Selain itu, beberapa peserta lain telah memijak potret Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai simbolik penentangan terhadap kepimpinan beliau.
Sumber: KLPos
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments
Post a Comment