HARI MALAYSIA MENJELANG LAGI

::Pewaris Anak Bangsa::

Sedar tak sedar. menjelma lagi hari yang ditunggu. HARI MALAYSIA. Sejak akhir-akhir ini. Ada sahaja cerita yang ditimbulkan berkaitan pihak yang mengglamourkan diri menggunakan angka yang mudah diingati oleh rakyat malaysia.



Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.
 semasa pu3 masih kecil sehinggalah 3 tahun yang lalu. perayaan Hari Malaysia ini lebih dikenali sebagai hari jadi TYT (Tuan Yang Terutama Sabah) Saban tahun, semasa sekolah, Pu3 akan terlibat 2 kali perbarisan di Padang Merdeka Kota Kinabalu. Sekali semasa sambutan Hari Kemerdekaan dan hari TYT. 

Selepas pilihanraya umum yang ke-12. tarikh ini sudah menjadi satu kelainan buat pandangan Pu3. selain hari Malaysia iaitu Hari MENABUR JANJI oleh Anwar Bin Ibrahim. 2008, Si king of Drama telah mengisytiharkan bahawa 16hb Sept 2012. Pemerintah Malaysia bukan lagi BN tetapi Pakatan Retoriknya ini.  Tetapi hinggalah ke hari ini 16hb sept 2012. sehingga jam 9.00 pagi ini. Pu3 belum mendengar lagi pengumuman tergempar sehingga menyebabkan berlaku rombakan pemerintah Malaysia. Yang melompat si katak di Sabah ini hanyalah Lajim dan Bumburing sahaja bersama kuncu memang tukang ekor kedua pemimpin (Tukang canang) sahaja dok melalut dalam media masa.

Mungkin di semenanjung menganggap sambutan Hari Malysia ini adalah cuti perayaan kebangsaan yang baru. tetapi di Sabah secara amnya. ianya adalah sambutan sudah berulang kali dilakukan sejak 49 tahun yang lalu. Pu3 nak berterima kasih atas kerprihatinan kepimpinan Kerajaan Malaysia yang telah mengikhtiraf 16hb September  sebagai cuti perayaan 1 Malaysia bermula 2010. 

Pada penyokong Anwar Bin Ibrahim. Jangan dok perasan konon cuti awam seluruh negara pada 16hb september ini atas usaha si PENIPU BESAR alaysia. Setakat ini, yang dicanangkannya tak ada pula dalam senarai 16hb September antara tuntutan CUTI AWAM. Tak hairan. sebab penyokong ANWARI ni memang KAKI PERASAN pun.

SELAMAT HARI MALAYSIA 2012.
#JanjiDitepati
#BNBah

Comments

Popular Posts