BEZA ANTARA ADAM ADLI DAN AMMAR


Perbuatan pelajar kolej swasta Muhammad Ammar A.Rahman melondehkan seluar tunjuk bontot menghina Perdana Menteri semasa malam ambang Merdeka baru-baru ini pasti mengingatkan semula orang ramai terhadap sorang lagi pelajar yang nak tunjuk dirinya lebih berani dan hebat dari yang lain gara-gara dipengaruhi pembangkang,Adam Adli Abdul  Halim.

Kisah bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menurunkan gambar gambar Datuk Seri Najib Tun Razak di PWTC pada 17 Disember 2010 dan mengadakan demo membantah AUKU di universiti tempat beliau belajar sekaligus mendedahkan pembabitan beliau dengan pembangkang.


Adam Adli akhirnya telah dikenakan hukuman gantung pengajian tiga semester oleh universiti itu pada 9 Januari tahun lalu tetapi mencabar hukuman itu di mahkamah.

Jelas perbuatan Muhammad Ammar dan Adam Adli tidak jauh bezanya - kedua-dua mereka cuba menghina Najib.


Jika Adam Adli dihukum gantung pengajian tiga semester, nasib Muhammad Ammar berbeza kerana pengurusan kolej tempatnya menuntut di Cheras sendiri bertindak menamatkan pengajiannya.

Memang hukuman itu lebih berat berbanding diterima Adam Adli cuma yang membezakan antara mereka berdua adalah bagaimana ayah penuntut kolej itu, A.Rahman Abdullah tampil kedepan memohon maaf bagi pihak Muhammad Ammar.

Dalam kes Adam Adli dulu tidak ada laporan mengatakan bapanya Abdul Halim tampil memohon maaf atau menyatakan kekesalan apa dilakukan anaknya itu.

Itulah yang membezakan antara Muhammad Ammar dan Adam Adli walaupun kesalahan mereka sama – menghina Perdana Menteri.

Cuma Muhammad Ammar beruntung apabila ayah dan ibunya Rahila Ahmad sanggup mengenepikan arang yang terconteng di muka mereka dengan memohon kepada Najib dan rakyat Malayis kerana perbuatan anak mereka yang memalukan itu.

A Rahman juga memohon anaknya itu dibenar melanjutkan pengajian di mana-mana insitusi pengajian tinggi negara ini demi masa depan anaknya yang masih muda.

"Saya mohon, untuk masa depan anak saya, berilah peluang kedua kepadanya termasuk untuk melanjutkan pelajaran di mana-mana selepas ini. Kemungkinan ini kesilapan yang tidak disengajakan dan saya harap dia belajar daripada kesilapannya.

"Saya dengan rendah diri, jujur serta ikhlas memohon maaf bagi pihak anak saya kepada Perdana Menteri, isteri dan seluruh rakyat Malaysia," kata A Rahman seperti dilaporkan Bernama..

Muhammad Ammar, pelajar Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics ditahan bagi membantu polis berhubung kejadian itu di Perhimpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka malam 30 Ogos lalu.

Dia bagaimanapun dilepaskan dengan jaminan polis pada 10 malam semalam setelah polis selesai merekod keterangannya dan pelajar itu kemudian dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Batu Pahat.

A Rahman berkata, sejak pulang dari Bukit Aman anak bongsunya itu hanya berkurung dalam bilik dan enggan bercakap dengan sesiapa.

"Kami bimbang akan keadaannya yang enggan bercakap dan hanya memerap dalam nbilik," katanya.
Ibu kepada pelajar berkenaan pula, Rahilla Ahmad, 53, turut berasa sedih dengan kejadian tersebut dan mengharapkan masyarakat tidak terus menghukum anaknya itu.

"Saya pun tidak tahu nak cakap apa...sedih...baik buruk pun dia anak saya, kami sekeluarga perlu terima dia dan apa yang sudah dia lakukan.

"Saya cuma berharap masyarakat tidak terus menghukum kami sekeluarga dan berilah kemaafan dan peluang kedua untuk dia yang masih mentah dan tidak memikirkan implikasi tindakannya," katanya.
Jelaslah,.banyak boleh dipelajari rakyat negara ini apabila membandingkan kes Muhammad Ammar dengan Adam Adli.

Ada peribahasa – nasi sudah jadi bubur.

Namun, apa dilakukan kedua-dua penuntut pusat pengajian tinggi ini nyata hanya membunuh masa depan mereka sahaja.

Menangis air mata darah sekalipun, belum pasti kesalahan mereka menghina pemimpin negara boleh dilupakan begitu sahaja.

Walaupun Najib dilaporkan bersedia menerima permohonan maaf daripada ayah Muhammad Ammar tetapi dengan tegasnya Perdana Menteri berkata,"Tidak ada masalah, saya terima sesiapapun tetapi prinsipnya proses  undang-undang tak boleh dikompromi dan mesti diteruskan.

Soal dia nak berjumpa dengan saya tu boleh diatur bila-bila masa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan Hari Raya Aifilfitri di Kampung Tasek Tok Lebai, Besut.

Lagipun, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mahu tindakan tegas dikenakan terhadap mereka yang terbabit dalam perbuatan memijak gambar pemimpin dan mengibar bendera baharu.
"Kes ini dianggap kes kepentingan awam dan polis menyiasat dan kalau tidak boleh didakwa kita nak tahu apa sebab," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Minggu Haluan Siswa Universiti Tun Hussein Malaysia, di Batu Pahat, Khamis.

Katanya tindakan tegas itu bukan demi kepentingan politik tetapi disebabkan masyarakat marah, jijik dan mual dengan perbuatan tersebut.

Beliau menyerahkan kepada polis, AG (Peguam Negara) dan mahkamah menjalankan tugas masing-masing," katanya.

Hishammuddin berkata bantahan ramai pihak terhadap insiden berkenaan menunjukkan majoriti rakyat Malaysia tidak menerima budaya negatif yang dilakukan individu terbabit.

"Perbuatan itu bercanggah dengan budaya kita dibesarkan. Kalau kita tidak membuat pendirian dan majoriti tidak bersuara, ia akan menular di mana apa saja kelebihan serta keunikan di negara akan terhakis sedikit demi sedikit," katanya.


Kesimpulannya, berani buat berani tanggung dan supaya kes Muhammad Ammar dan Adam Adli tidak berulang lagi. - Agendadaily 8/9/2012

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular Posts