KERANA TAMAK MEREKA MENJADI SI KATAK
::Pewaris Anak Bangsa::
Hanya mereka yang tamak menolak kepimpinan cemerlang ketua menteri Sabah sekarang. Pandangan penulis blog SUARA RAKYAT itu pu3 menilainya sebagai pandangan yang pu3 sokong dan bersetuju berdasarkan penjelasan mengapa penulis mengatakan hanya mereka yang 'tamak'
baca lagi....
ADA yang mengandaikan bahawa BN akan kalah jika terus diterjaui Musa,
sama dengan kekalahan Berjaya pimpinan Tan Sri Harris pada tahun 1985.
Situasi tahun 1985 berlainan dengan situasi masa kini. Berjaya kalah
tahun 1985 ekoran pemecatan Tan Sri Pairin daripada Berjaya, memecatnya
sebagai ADUN Tambunan dan menurunkan status Daerah Tambunan.
Pairin adalah Huguan Siou kaum KDM. Akibat pemecatan itu, maka kaum KDM
marah kepada Harris dan menghukumnya bermula di PRK Tambunan tahun 1984
dan kemudian pada PRU-Sabah tahun 1985.
Musa pula, tidak pernah memecat sesiapa. Malah apabila tercetus
spekulasi, bahawa para pemimpin BN yang telah keluar, Musa membuat
kenyataan terbuka, pintu pejabatnya senantiasa terbuka untuk berbincang,
jika ada masalah.
Keluarnya para pemimpin BN seperti Lajim Ukin, Welfred Bumburing, Maijol
Mahap, Ibrahim Menudian dan Yahaya Lampong, kerana mempunyai sebab
peribadi masing-masing.
Lajim keluar kerana mendapat tantangan daripada ahli/penyokong serta
beberapa pemimpin akar umbi di bahagiannya sendiri. Oleh kerana
tantangan itu, maka Lajim dilaporkan bukan lagi winnable candidate.
Berasaskan kepada keadaan itu, Lajim tidak akan dicalonkan lagi pada
PRU-13.
Selain itu, masalah permintaan projek yang berterusan oleh Lajim demi
kepentingan poketnya, merupakan salah satu penyebab beliau keluar. Isu
sekolah agama yang bernilai RM50 juta, yang dijanjikan Lajim kepada
penyumbang dana, tidak pernah terealisasikan, kerana projek seumpama itu
tidak pernah wujud.
Manakala Bumburing pula, tidak akan dicalonkan pada PRU-13, meskipun
beliau adalah Timbalan Presiden UPKO, kerana perjanjian dengan Madius
Tangau-mantan MP Tuaran, bahawa hanya sepenggal sahaja peluang diberikan
kepada Bumburing untuk bertanding di Parlimen Tuaran.
Majiol pula keluar BN kerana, kalau tidak maka tiada peluangnya
bertanding di kampung halamannya, kerana semua kawasan baik parlimen
mahupun DUN adalah kawasan PBS.
Ibrahim Menudin pula, walaupun di atas kertas sebagai pemimpin Umno dan
pernah menjadi Bendahari Umno Sabah, namun tidak pernah bertanding dalam
pilihanraya. Ibrahim sebenarnya bukan pemimpin politik, akan tetapi
hanya sebagai penyokong/pendokong.
Di usia senja, Ibrahim mahu mencuba nasib dalam arena politik, selepas semua jawatan korporatenya di penghujung jalan.
Sementara Yahya Lampong adalah pemimpin musiman setiap menjelang
pilihanraya. Yahya melompat daripada parti yang satu ke parti yang lain
agar boleh bertanding dalam pilahraya. Memang beliau suatu ketika dahulu
adalah pemimpin utama kaum bajau, namun sepak terajangnya dalam dunia
politik yang senantiasa berpindah-pindah, menyebabkan sokongan terhadap
beliau merudum hingga ke dasarnya.
Yahya pernah menjadi Ketua Bahagian Umno Tanjong Aru, kemudian
kehilangan jawatan itu. Beliau mencuba nasib di bahagian Kota Belud,
namun kalah teruk merebut jawatan ketua bahagian.
Walaupun Yahya tidak mempunyai sebarang jawatan dalam Umno, namun beliau
tetap diberi peranan oleh Musa sebagai Pengerusi Sedco kemudian Cement
Industries.
Sesuailah seperti kenyataan Ketua Umno Papar, Datuk Rahim Ismail- dengan
keluarnya mereka daripada UBN, tidak akan membawa impak apa-apa,
kerana, rakyat Sabah telah tahu siapa sebenarnya mereka-mereka itu.
Pendek kata, mereka yang tamak saja menolak kepimpinan Musa, manakala
pemimpin lain seperti Datuk Salleh Tun Said, Datuk Safie Apdal, Tan Sri
Pandikar dan lain-lain masih setia pada parti, kerana mereka tahu Musa
menjalankan tugas sesuai dengan aspirasi parti dan rakyat.
sumber: suara rakyat blog
ps: mereka yang nak mengangkat si Jeffry Kitingan? itu manusia memang tamak . orang yang sudah ada kes tidak amanah ini nak diangkat sekali lagi. Beb..al lah kalau mau diberi peluang pada manusia macam tu. kenapa penyokong boleh lupa.? kes tu dah disabit bersalah cuma hukumannya ketika itu tak berbaloi dengan kesalahan dilakukan. tapi pu3 malas mau komen lebih-lebih. sila buka sejarah sabahlah untuk kes si jeffry ni.
Comments
Post a Comment