KEMPEN OH KEMPEN?!

Seperti biasa, pu3 menjenguk blog tak kira ia blog sahabat pu3 dan juga blog pakatan. Tapi yang ini best nak pu3 ulas. 

Kempen turunkan harga kereta jika PR memerintah!!

Nampaknya PKR @ Pakatan tetap meneruskan pengedaran pelekat Kempen Turunkan Harga Kereta yang dilancarkan Ogos lepas kini bergerak kempen tersebut ke Pulau Pinang Sabtu lalu. Menurut Timbalan Ketua Penerangannya, Sim Tze Tzin, sebanyak 2,000 pelekat kempen tersebut diedarkan kepada penduduk sekitar Seberang Jaya. Fuhhhh! Banyak tu? Kenapa tak 2juta keping terus bro?

Menurut penulis blog utaranew dot com ini kononnyalah , Ia menarik minat golongan muda terutama berkenaan. "Ramai yang teruja tengok kempen ini. Ada yang baru tahu dan mereka setuju dengan cadangan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga kereta. 

Lawaknya dengan bangga penulis utaranews dot com mengatakan bahawa pelekat di berikan kepada pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang melalui jalan tersebut dan mereka menyambut baik dasar ini- anggota keselamatan tu bro. Apapun kerrtas kita serahkan mereka bukan spesies macam korang ambik n buang. Anggota keselamatan sudah dididik untuk bertindak penuh tatatertib! 

Satu je yang pu3 fikirkan. Kenapa Pakatan bagai nak rak kempen menurunkan harga kereta? Supaya semua kononnya mampu memiliki kenderaan? Pu3 tak melihat statistik kenderaan di atas jalan raya malaysia sekrang ini. Tetapi pada penglihatan pu3 tak kira di mana pu3 pergi... Pada mata pu3lah. Kenderaan di Malaysia ni dah cukup banyak. Dan sebab tulah selalu sangat berlaku kesesakan. Jalan raya. Kalau musim perayaan lagilah sesak di lebuh raya. Siapa yang tinggal di bandar, memang maklum bagaimana sesak masa pagi , teghari dan petang sampai ke malam.

Seperkara lagi, kenapa kempen nak menurunkan harga kenderaan. Jika mengikut pengalaman pu3. Membeli kenderaan ini, bukanlah sebagai ASET KEKAL NILAI ABADI. Value kereta semakin masa berlalu semakin turunlah harganya. Sebab tulah semasa membuat loan kereta, interest dikenakan secara menyeluruh. Bukan seperti membuat pinjaman membeli rumah atau tanah. Ia menyusut mengikut jumlah berbaki? Dari membeli kenderaan, baik beli emas! Kan sekrang nilai emas tak menyusut. Naik berganda harganya! Time sesak ada juga jadi sahabat kedai pajak gadai!

Pandai sungguh pakatan ni! Eh.. Pandaikah? Bagi pu3 tak cerdikpun! Apa taknya. Jumlah kenderaan sekrangpun, baru naik sesen 2 harga minyak yang lepas tu. Bukan RON95 tau RON97! Punya melalak bising! Kerajaan zalimler. Dah kenaa explain harga naik dunia dan kerajaan kekal menampung peratus subsidi, depa main kempen turun harga kereta. awat? Anwar dah tukaq fikiran tak jadi dah nak bg harga minyak RM1 doh? Sebab baru tersedar harga minyak di pasaran dunia memang tak menurun punya? @ anwar nak pastikan royalti minyak dia punya. Banyak kenderaan nanti beli minyak banyak juga kan? 
 
Ini kempen macam ni... Memang taik hidung masin je! Nak menarik perhatian orang muda. Mana yang mula dengar kempen memang terujalah bro, apa taknyer dah berangan2 nak beli kereta sport baru. Nasihat pu3 kalau nak ada kenderaan ni.. Ukur badan dulu. Jenis mana yang mampu ditanggung. Makin tinggi jenama kenderaan ni, maintanan kereta tu tinggilah bro! Dari minyaknya hinggalah partnya! 

Dah banyak kenderaan , sesak lagi... Konon nak tambah keluasan jalan raya pula? Tanah mana nak pakai? Pakai kawasan hutan ? Kalau bandar? Nak tambah flyover? 

Eish... Janji turunkan harga kenderaan ni, kempen terbodoh pu3 baca dari PKR. Ada yang sudah terkempen ni, fikir-fikirlah. Nak jadi pemilik koleksi kenderaan pula sebagai alasan. Ertinya korang dah kaya tuuuuuu... Kenapa nak tunggu harga kenderaan diturunkan?

Tapi.. Yeker PKR punya kempen ni, coz janji PRU-12 pun belum dianggap janji Mesti tunai. Ni depa nak tunaikan ker?

ps: apa kes, pu3 tengok ramai yang kena saman laju ni, tak lak bayar saman tu? sehingga kena keluar waran tangkap baru kelam kabut nak bayar dan bisinglah konon itulah inilah. ....
 
#Menentang Penghinaan ke atas junjungan Rasulullah saw
#JanjiDitepati
#BNBah


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.










Comments

Popular Posts