Antara Tarian Sumazau Najib Dan Tarian Dangdut Anwar Ibrahim….
Lawak juga, pakatan merempuh je apabila terpandang bahan yang boleh dijadikan 'ALATAn' mengaibkan kepimpinan No 1 negara ini. Laju bebenor depa buat serangan tanpa fikir panjang.
Baca di sini :
Amboi nampaknya ada pihak yang bukan main lagi bergembira dan tepuk tangan apabila melihat Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor menarikan tarian ala Sumazau dalam majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri baru-baru ini.
Bergembira dan tepuk tangan apabila merasakan mereka sudah ada 'bola gantung' untuk 'smash' Najib cukup-cukup sempena pilihan raya umum yang akan datang.
Mereka akan tuduh Najib itu dan Najib ini, Rosmah itu dan Rosmah ini….hanya disebabkan reaksi spontan kedua-dua mereka kepada lagu Anak Kampung yang begitu popular sejak akhir-akhir ini.
Sebenarnya kita boleh melihat perkara ini dalam pelbagai sudut, mungkin bagi pembangkang ia adalah satu bonus dalam usaha mencari 'buah-buah akhir' menjelang pilihanraya.
Mungkin ada yang berpendapat ia satu perkara yang menjengkelkan, tapi mungkin juga ada yang seronok melihat betapa 'sporting'nya Perdana Menteri di atas pentas.
Dan tak mustahil ada yang bangga melihat Najib boleh menarikan satu tarian yang bukan berasal dari keturunannya…dan bagi anak Sabah, tak banyak sikit seronok juga kerana tarian Sumazau sekurang-kurangnya boleh ditarikan oleh pemimpin besar negara.
Dalam erti kata lain, kita kena ingat bukan semua yang akan berpandangan dan rasa sama seperti mana yang kita rasa.
Sebagai negara yang berpegang kepada prinsip demokrasi, tiada siapa yang boleh menghalang apa yang kita rasa, apa yang kita fikir, apa yang kita tafsir.
Saya tertarik mengupas persoalan ini kerana selalunya orang kita akan cepat melemparkan pelbagai persepsi yang negatif dan keterlaluan apabila melihat perkara yang tidak disenangi mereka.
Bukan hasrat saya menyuruh kita menerima atau 'merasionalkan' apa yang terjadi, tetapi hendak menghukum dan menghina Najib/Rosmah hanya kerana mereka menggerakkan badan dan mendepa tangan mengikut irama lagu, adalah satu yang cukup menyedihkan.
Apakah Najib/ Rosmah itu tiada ikatan perkahwinan hingga perlu dihina apabila menari bersama di atas pentas itu?
Apakah Najib/Rosmah berperangai seperti Pak Maun dalam Nasib Do Re Mi sampaikan terjelir-jelir lidah menarikan lagu A Go Go?
Apakah Najib/Rosmah melentuk-lentukkan tubuh mereka persis penari tiang di Patpong?
Apakah Najib berseluar katok dan Rosmah berbikini waktu menarikan tarian tersebut?
Apakah hina sangat jika orang kelahiran semenanjung seperti Najib dan Rosmah menarikan tarian itu?
Saya ingin mencabar Pakatan Rakyat, sekiranya mereka rasa aksi Najib dan Rosmah ini keterlaluan, jika ditakdirkan memerintah Malaysia dalam pilihan raya akan datang, tolong haramkan tarian seumpama ini.
Katakan pada rakyat Malaysia – " Kami Haramkan Sumazau Kerana Najib Dan Rosmah Pernah Menarikan Tarian Ini! "….macam mana?
Dan kita jangan lupa, kalau apa yang Najib buat ini sesuatu yang menjengkelkan, penuh hina dan sebagainya, sila lihat pula klip video di bawah.
Adakah Anwar lebih mulia dari Najib sedangkan beliau menari irama dangdut?
Adakah Anwar lebih mulia dari Najib sedangkan beliau menari dengan seorang wanita yang bukan muhrimnya?
Adakah Anwar lebih mulia dari Najib sedangkan yang dihadirinya pesta berunsur maksiat berbanding majlis Hari Raya Najib yang penuh dengan ketupat dan rendang itu?
Adakah Anwar dan juak-juaknya nak mengisytiharkan lirik lagu Kopi Dangdut lebih sesuai dari lirik lagu Anak Kampung itu?
Kita boleh kata apa saja, tetapi hanya Jauhari yang mengenal Manikam, hanya Najib yang mengenal Rosmah, Hanya Anwar yang mengenal Saiful Bukhari, ops!!!
Sumber: manakedai.net
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Comments
Post a Comment