TUN MAHATHIR KECAM PIHAK MENERIMA DANA SOROS!!!

::Pewaris Anak Bangsa::



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, mana-mana pihak di negara ini tidak sepatutnya menerima dana daripada George Soros kerana penyangak mata wang itu pernah menyebabkan berlakunya krisis kewangan dunia. Kata beliau, Soros juga mempunyai agenda mengaut keuntungan peribadi yang boleh meranapkan ekonomi sesebuah negara.

 "Mereka sudah membenarkan diri mereka diperalatkan oleh orang yang memberi bantuan kepada mereka, dan kita tahu di negara-negara lain juga, perkara ini sedang berlaku, yang mana dana asing ini disediakan untuk menjatuhkan kerajaan-kerajaan yang ada," katanya seperti disiarkan Buletin Utama, TV3 malam ini.

 Beliau mengulas mengenai tindakan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang menerima dana daripada Foundation Open Society yang dinaungi Soros yang merupakan seorang Yahudi. Menurut Dr. Mahathir, Soros memiliki dana kononnya bagi tujuan mengembangkan sistem demokrasi tetapi hakikatnya mahu menguasai ekonomi negara lain.

 "Kita tidak harus mendapat bantuan daripada perosak, orang yang kita tahu biasanya merosakkan ekonomi negara-negara. Saya difahamkan dia tidak dibenarkan ke Itali, kerana dia cuba rosak ekonomi negara itu, dia juga telah merosakkan pound British," katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr. Mahathir berkata, filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad SAW yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia perlu ditarik balik. "Perbuatan sedemikian hanya bertujuan menimbulkan perasaan permusuhan antara orang Islam dengan orang (penganut agama) lain.

 "Sepatutnya orang yang memasukkan filem ini ke YouTube harus tarik balik, dia sudah melakukan sesuatu yang tidak bertanggungjawab," katanya. Sedutan filem Innocence of Islam arahan Sam Bacile di YouTube itu menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia kerana menggambarkan Nabi Muhammad SAW tidur dengan ramai wanita, pembunuhan kanak-kanak dan mendakwa keldai sebagai haiwan Islam pertama. Filem itu turut dilaporkan akan digunakan ekstremis anti-Islam, Terry Jones yang pernah mencetuskan kontroversi cuba membakar al-Quran sebagai kempen membenci Islam di Amerika Syarikat.

SUMBER: Generasi pejuang Bangsa Blog

Comments

Popular Posts