RUMAH TERBUKA PERGERAKAN SAYAP UMNO DI PWTC
::Pewaris Anak Bangsa::
Alhamdulillah. Rumah terbuka Pergerakan Sayap UMNO Malaysia berjalan dengan lancar dan berjaya menarik ramai pengunjung sepanjang majlis tersebut diadakan. Juadah dan persembahan berjalan seiringan. Pu3 berada sepanjang majlis itu dilaksanakan bermula hinggalah tamat semalam. Terima kasih pu3 ucapkan pada sahabat dan sanak saudara yang beramai-ramai datang membanjiri dewan Tun Razak 1 & 2 yang pu3 boleh nilaikan melebihi 10,000 orang. Kerana keadaan dewan yang besar itu penuh sepanjang majlis berlangsung.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengingatkan kesemua sayap UMNO untuk bersama-sama mengembalikan kekuatan parti pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Najib yang juga Presiden UMNO berkata, anggota setiap sayap iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO memainkan peranan penting untuk menentukan kelangsungan Umno sebagai parti yang berwibawa.
"Kita amat menghargai peranan, khidmat bakti dan sumbangan setiap sayap Umno. Kalau semua mainkan peranan, saya percaya kita dapat laksanakan dasar yang inklusif dan berkesan meliputi semua kelompok masyarakat.
"Jika kita benar-benar menyelami lubuk hati mereka, itu akan menjadikan kita parti dan pemimpin yang dekat dengan semua golongan dalam negara," katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, petang tadi.
Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pergerakan Pemuda Khairy Jamaluddin dan Ketua Pergerakan Puteri Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin turut hadir.
pada tahun ini, wakil kepimpinan sayap UMNO yang memberi ucapan adalah YB Datuk Rosnah Abdul rashid Shirlin. Insyallah Raya akan datang kita bertemu lagi
#JanjiDitepati
#BNBah
Comments
Post a Comment