HASAN ALI BIDAS KENYAtAAN ANWAR HINA ISLAM DI LONDON

KUALA LUMPUR, 26 Sept - Presiden Jalur Tiga (JATI), Dato' Dr. Hasan Mohamed Ali hari ini membidas kenyataan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa "umat Islam mempunyai masalah dalam jiwa mereka" dua hari lalu di London baru-baru ini.

Bagi bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu, kenyataan Ketua Pembangkang tersebut menggambarkan satu penghinaan terhadap umat Islam dan tidak sensitif terhadap komitmen masyarakat Islam yang bangun menentang sebarang usaha memperlekehkan umat Muhammad SAW.

"Untuk mengatakan umat Islam 'mempunyai masalah dalam jiwa mereka' sebagaimana yang disebut Anwar Ibrahim di London 2 hari lalu, bagi saya ini adalah satu kenyataan yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pemimpin Islam"- katanya kepada pemberita dalam sidang media dikediamannya disini hari ini.

ADUN Gombak Setia itu juga mengjangkakan masyarakat Islam akan terus dihina dan ditekan. Lantas yang demikian, tidak terlintas di fikiran beliau Pakatan Rakyat mampu menangani isu-isu yang melibatkan maruah dan martabat Islam.

"Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat telah benar-benar merobek hati dan perasaan masyarakat Islam"- tambahnya lagi.

Sehubungan dengan itu, Hasan Ali mendakwa kenyataan Anwar Ibrahim di London 2 hari lepas menjejaskan aqidah dan keimanan seseorang Muslim lantas menyerahkan kepada para ulama untuk membuat penilaian.

 sumber: KLPos dot com

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments