PANAS!!! PAKATAN HINA TARIAN SUMAZAU!!!

Kalau nak mengaibkan YAB DSP Najib dan isteri hanya menari tarian Sumazau mengiringi lagu 'tanah kampung' pakatan perlulah berfikir risiko yang bakal korang buka pada pengetahuan rakyat Sabah terutama sukukaum Dusun kadazan!

"Tarian sumazau untuk golongan Akhlak rendah" itulah artikel yang ditulis oleh blogger Suara Pakatan Rakyat.


Pu3 sempat mengambil gambar artikel bertajuk dan gambar sahaja. Maklumlah melalui telefon bimbit ni. Nak snap skrin tak sebesar mana. Try lagi kat Note. Malangnya. Artikel tu dah diremove. So pu3 menulis berpandu apa yang pu3 ambil melalui skrin telefon pu3 sahaja

Tengok gambar-gambar yang pu3 sertakan di atas dan di sini! Sebagai bukti pu3 tak create sesuatu berunsur fitnah!


Mungkin pakatan terlupa bahawa tarian SUMAZAU adalah tarian tradisional! Ianya adalah tarian rasmi etnik di Sabah yang tak PATUT dihina sebagai TARIAN UNTUK GOLONGAN RENDAH AKHLAK ( rasanya penulis Suara pakatan rakyat sedar dah kesalahan besarnya, tu yang cepat bebenor memadamkan artikel tu untuk tutup cerita) Namun pu3 tak melihatnya sebagai tutup kes. Admin Suara Pakatan rakyat Wajib bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukannya. Apa yanh dipublishnya adalah apa yang ada pada FIKIRANNYA!

Pada yang tak tau apa itu tarian SAMAZAU baca di sini :

Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang sering dipersembahkan pada Tadau Kaamatan yang bermaksud Hari Penuaian yang dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan Mei.

Ilham tarian Sumazau ini adalah daripada corak penerbangan burung helang yang disaksikan petani-petani yang berehat di sawah sewaktu musim menuai. Setiap penari yang menjayakan tarian ini hendaklah bergerak beberapa sentimeter saja daripada penari lain tanpa bersentuhan.

Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit.

Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan gong, biasanya 6 buah gong yang berbagai ukuran dan satu gendang dengan rentak yang khusus. Tempoh dan rentak pukulan gong Sumazau adalah berbeza-beza mengikut daerah dan desa.

Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan dengan perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa menyambut hari keramaian dan di majlis jamuan, namun tujuan asal tarian ini ialah untuk menyambut kedatangan "Bambaazon" (semangat padi) yang biasa dilakukan pada selepas menuai padi.

Penari-penari Sumazau yang terdiri daripada kaum lelaki dan perempuan biasanya memakai pakaian serba hitam yang dihiasi dengan corak-corak menarik menggunakan benang berwarna emas. Penari perempuan dihiasi dengan selendang serta talipinggang (tangkong) yang diperbuat daripada duit syiling perak (trade dollars). Penari lelaki biasanya akan memaki tanjak di samping pakaian serba hitam serta menyendang daun silad kering.

Kini tarian Sumazau diadakan dalam banyak majlis keramaian seperti majlis-majlis perkahwinan, majlis-majlis keraian menyambut ketibaan orang-orang kenamaan, di mana ia turut juga ditarikan oleh semua yang hadir dengan tidak mengira suku kaum dan peringkat umur bagi memeriahkan majlis tersebut tanpa memakai pakaian tradisional hitam.
Sumber: wikipedia

See!!! Penulis Suara Pakatan Rakyat telah meletakkan tarian SUmazau sebagai tarian tak beretika! Pu3 boleh andaikan bahawa tarian Sumazau diibaratkan tarian bogel atau tarian tiang atau apa sahaja tarian hina.
Pada penyokong Pakatan pembangkang terutama orang Sabah. Kalau korang tidak berfikir, bagaimana JAHATnya pakatan pembangkang sekadar nak mengaibkan DSP Najib tetapi telah menghina Tarian Sumazau! Takkan kamurang mau maafkan pada orang yang lempar batu sembunyi tangan. Main padam-padam sahaja artikel tanpa menulis kembali memohon maaf atas apa yang telah dibuat oleh ADMIN SUARA PAKATAN RAKYAT tu!

Mau sokong juga lagi! Pakatan Pembangkang hanya tahu menghalalkan cara walau ramai terluka dan dikorbankan.? Tapi apa yang pu3 nampak. Pakatan pembangkang langsung tak menghormati tradisi suku kaum di sabah sehingga terlepas pandang ia memang menghina kaum itu sendiri!


#JanjiDitepati
#BNBah!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

  1. Menghina sumazau ,sama jugk menghina kebudayan orang2 Kadazan ..

    ReplyDelete
  2. pembetulan....bukan burung helang....burung tiung.... sebab itulah pakaian tarian sumazau berwarna hitam.... lg satu, bukan bambaazon.... sebaliknya memperingati / simbolik kematian Huminodun, dimana mitos huminodun dipercayai menjadi penyelamat kepada kaum kadazandusun suatu masa dahulu....

    rusod (roh) huminodun dipercayai telah bertukar menjadi burung tiung.... sebab itu, burung tiung dianggap suci oleh kalangan kaun kadazandusun suatu masa dahulu.

    ReplyDelete
  3. Menghina sumazau sama juga menghina kaum saya , saya dari sabah , and I proud to be a sabahan .

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts