HINA PM!!!! PAS PERSOALKAN KEPERLUAN TUBUH PASUKAN KHAS

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam Ambang Merdeka Perhimpunan Janji Demokrasi baru-baru ini.

Akan tetapi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menjelaskan, pihak berkuasa tempatan seharusnya tidak memandang insiden itu sebagai sesuatu isu besar sehingga menubuhkan pasukan khas buru mereka yang terlibat sehingga mengalihkan fokus kes jenayah yang lebih besar di Negara ini.

"Sedangkan banyak lagi kes-kes jenayah lain yang lebih besar", katanya kepada pemberita pada Sidang Media di Ibu Pejabat PAS Pusat di sini hari ini.

Beliau juga menegaskan insiden tersebut telah mencerminkan ketidaktelusan dan ketidakadilan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengawal keamanan Negara tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

"Apakah polis beri perlindungan (kepada sesetengah pihak) atau kita perlu panggil anggota pengaman bangsa-bangsa bersatu?," soalnya.

Mahfuz merujuk insiden kejadian sekumpulan yang didakwa merupakan ahli PERKASA mengganggu tazkirah yang sedang disampaikan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Al-Husain, Seberang Pumpong, Alor Setar pada Ahad lalu.

Beliau turut mengambil pendirian yang sama terhadap tindakan media arus perdana dan kerajaan yang menggembar-gemburkan insiden memijak potret Perdana Menteri akan tetapi tidak turut memberi fokus tindakan sekumpulan Ahli PERKASA membaling kasut ketika berlangsungnya Majlis Tazkirah yang disampaikan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Al-Husin di Seberang Pumpong, Alor Setar baru-baru ini.

"Kenapa media sensasikan insiden itu? Sedangkan insiden baling kasut dalam masjid tidak pula (dibangkitkan). Kita tidak tahu dia nak baling,"jelasnya lagi.

Imam masjid berkenaan disahkan telah membuat laporan polis berikutan kejadian tersebut.

Sumber: KLPos 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments