BUKAN WAKIL PARTI? ARBAIYAH CAKAP APA NI?


Maaflah yer cik kak. Pu3 ni kalau cik kak tweet status erti kalimah dari ayat Quran. Pu3 baca je. Dah nama perkongsian. Tak akan tegur. Terima kasihlah. Pu3 hanya akan masuk bila cik kak arbaiyah dah melalut dalam tweet

Berceramah kerana perjuangan agama Allah? Dah tahap mana kepandaian arbaiyah ni sampai berani nak berceramah? Kalau dah sedar masih proses belajar, jangan nak memandai-mandai tunjuk lagak dah pakar. Maaflah, pu3 ni belajar agama sejak kenal huruf sehingga tamat pengajian di sekolah agama. Tetapi tidak bangga diri nak dabik kata diri pejuang agama. Apa lagi nak menghentam orang hanya kerana tak menyertai kumpulan agama.

Yang lawaknya. Boleh buat pengakuan, ikut PAS kerana satu-satunya kumpulan yang memperjuangkan agama Islam? Eh? Biar betul! Setahu pu3 banyak lagi badan lain yang berdakwah menyebarkan ajaran agama islam tanpa melibatkan diri dengan kempen politik. Kenapa nak join PAS yang jelas hanya sebuah parti politik yang menggunakan nama islam sebagai tarikan orang Islam?
Nampak ta ikhlasnya minah arbaiyah menaip tweetnya.

Wakil untuk perjuangan agama Allah? Siapa arbaiyah nak mengaku dan meletakkan diri sebagai wakil perjuangan Agama Allah ni? Baru terkial-kial start belajar, dah berani nak mengaku setaraf dengan mereka yang dah dalam ilmu agama Islamnya. Patutlah sampai memuja nik aziz sebagai wakil Nabi! Astagfirullah. Nik aziz hanya seorang manusia biasa. Kelebihannya dalam agama tetapi setiap saat rasa yakin kepakaran hukum agama yang dikuasainya semakin diragui.

Wahai arbaiyah. Rasulullah saw sebelum wafat tak melantik sesiapapun menjadi wakilnya apalahi meletakkan pewaris nabi. Hanya pesanan yang dihadiahkan mengingatkan umat Islam agar berpegang teguh pada Al-quran dan sunnah agar tidak tersesat kelak. Mana dapat info mengatakan nik aziz ni wakil Nabi?
Kalau ikut taraf dalam parti, nik aziz hanya seorang pemimpin. Sama seperti pemimpin lain di muka bumi ini. Tak ada dalam Al-quran meletakkan nik aziz sebagai wakil nabi.

Khalifah muka bumi? Dalam al-quran telah menjelaskan bahawa manusia adalah khalifah di muka bumi. Tak dikhususkan siapakah Khalifah itu. So janganlah memandai2 nk menyonsangkan cerita.


Sekali lagi, untuk arbaiyah. Kalau ilmu hanya umpama di hujung lidi, jangan nak mengaku umpama naga. Sakit dek dihentam lain komen lain hang jawab. Sbb hang tak faham apa yang hang sampaikan.!

ps: Betulker Arbaiyah tak ada kepentingan politik ? kalau dia rasa tak mempunyai perkaitan kepentingan politik tetapi PAS mempunyai kepentingan utama ke atas Arbaiyah sebagai Mak ceramah supaya peminat minah ni datang ke ceramah PAS dan PKR

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.






Comments

  1. Makin teruk ustaja mee segera ni....

    ReplyDelete
  2. nak pinang dier lah..pastu nak didik dier btol2
    hehehehe

    ReplyDelete
  3. saya kasihan melihat si abbi ni ..dah nampak macam meroyan tak berpenghujung !

    kawin cerai ..cerai kawin , sibuk tegur orang diri sendiri tak terjaga !

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts