'MALAM SENI CINTAI NABI MUHAMMAD' BAWA MESEJ KEROHANIAN BANTAH FILEM HINA ISLAM
KUALA LUMPUR 30 Sept - Kira-kira 300 pengunjung hadir ke Majlis Malam Seni Mencintai Nabi Muhammad S.A.W yang berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) bagi menghayati erti sebenar kasih sayang yang cuba diterapkan oleh Rasulullah S.A.W.
Menurut Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, program ini agak berlainan sebagai salah satu cara bantahan yang diadakan selain daripada demonstrasi yang pernah diadakan di perkarangan Masjid Kg. Baru sebelum ini.
"Saya tak nak orang kata kita hanya buat demonstrasi saja. Saya puas hati pemuda UMNO dan rakan-rakan kita boleh buat program ditengah tengah bandar Jalan Ampang tetapi kita telah berjaya mengumpulkan rakyat yang hadir dengan matlamat satu kerohanian.
"Selain itu, program ini turut menghimpunkan ahli politik daripada UMNO, Pas dan PKR yang menunjukkan walaupun berlainan fahaman politik tetapi kita boleh duduk bersama mendeklamasikan sajak atas satu tujuan yang sama iaitu dengan agama dan Rasulullah," katanya ketika ditemui pemberita di sini malam tadi.
Sementara itu, Khairy menjelaskan bahawa program seperti ini boleh dibawa ke universiti kerana menurutnya program seperti ini boleh mendekati golongan muda bersama hiburan berunsurkan kerohanian secara santai.
"Berdasarkan sambutan pada malam ini, kita boleh bawa program ini ke tempat lain contohnya seperti di universiti kerana kita ingin mendekati golongan muda dengan hiburan yang berunsurkan kerohanian secara santai dan tidak terikat dengan protokol.
Majlis yang berlangsung selama empat jam itu diserikan dengan persembahan nyanyian kerohanian daripada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dan Amy Search serta terdapat bacaan puisi dan mendeklamasikan sajak daripada Khairy, Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Ahli Parlimen Ampang Zuraidah Kamaruddin, Pelakon Datuk Rahim Razali dan Yatt Hamzah.
Sumber: KLPos Dot Com
Ps: Orang Islam ABPAI - ASAL BUKAN PENYOKONG ANWAR IBRAHIM masing-masing membuat komen, menyatakan pendirian membantah tindakan produk filem menghina junjungan Nabi Muhammad saw. Penyokong anwar sibuk menyorak bajet anwar yang tak ada pendirian kedudukan dirinya sebagai Islam. Macam tak ada berlaku apa-apa penghinaan ke atas agama yang dianutinya.
Malahan, boleh pula memperakui konon orang Islam so emotional! Apa pula pengakuan! Pengkhianat Islam macam ni nak diangkat jadi PM? Mati hidup balik pu3 tolak dia dari jadi PM!
Tahniah penganjur malam Seni mencintai Nabi muhammad.
#Menentang penghinaan ke atas junjungan Rasulullah saw
#Janjiditepati
#BNBah
#ABCD- Asal Bukan Cina DAP
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Comments
Post a Comment