PELAKON SAMAN PENERBIT FILEM 'INNOCENCE OF MUSLIM


LOS ANGELES: Pelakon wanita di dalam filem anti-Islam yang mencetuskan bantahan di seluruh negara Islam hari ini menyaman penerbit filem terbabit, atas dakwaan penerbit itu menipunya apabila memberitahu filem berkenaan adalah berkisar mengenai Mesir purba.

Cindy Lee Garcia adalah antara tiga pelakon wanita dalam filem itu yang tampil ke hadapan dengan tuduhan sama sejak meletusnya keganasan di negara Islam Timur Tengah, Afrika dan Asia minggu lalu. Garcia memfailkan saman di mahkamah Los Angeles atas dakwaan pencerobohan privasi, penipuan, fitnah dan dengan sengaja memberi tekanan emosi.
Beliau mengemukakan saman itu ke atas Nakoula Basseley Nakoula, lelaki yang berasal dari Mesir berusia 55 tahun dan kini menetap di Los Angeles, serta mengaku menghasilkan filem berkenaan sebagai.

Media AS melaporkan Nakoula menulis dan menerbitkan filem itu menggunakan nama samaran Sam Bacile sebelum berjaya dikesan. Beliau sudah disoal siasat semalaman Jumaat lalu oleh pihak polis sebelum bersembunyi bersama keluarganya.

Garcia turut menyaman laman YouTube dan pemilik Google kerana menayangkan filem berkenaan.

"Bacile menerangkan kepada beliau bahawa filem itu adalah sebuah filem pengembaraan mengenai Mesir kuno.

"Kini Garica dibelenggu ancaman bunuh dan hidup dalam ketakutan serta khuatir dengan keselamatan individu yang berada dekat dengannya," menurut kenyataan saman. - AFP

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular Posts