ANWAR IBRAHIM DAN PKR MEWAH NAIK JET PERIBADI KE KOTA KINABALU

Anwar Ibrahim dan pemimpin PKR seperti Thian Chua dan Zuraidah Kamarudin telah membuka tembelang mereka apabila secara tidak sengaja memuatnaik gambar mereka ketika berada dalam jet peribadi dalam perjalanan menuju ke Kota Kinabalu. Tindakan ini benar-benar membuka pekung PKR yang selama ini banyak menyerang pemimpin BN yang menggunakan kemudahan tersebut khususnya Perdana Menteri yang disifatkan mereka sebagai wang rakyat.

Persoalan di sini, di manakah mereka memperoleh wang untuk memiliki jet peribadi yang nilainya jutaan ringgit? Adakah ia hasil daripada wang sumbangan George Soros daripada Yahudi itu?

Jika sebelum ini Anwar Ibrahim dan PKR hanya berlakon kepada rakyat bahawa mereka menggunakan Air Asia untuk terbang ke Sarawak dan Sabah. Sebaliknya dalam lawatan Anwar Ibrahim dan PKR ke Sarawak dan Sabah bagi meraikan Hari Malaysia, rombongan PKR itu menggunakan jet peribadi yang dipercayai milik PKR. Tetapi, siapakah empunya jet peribadi ini?

Sumber: wira kenyalang blog

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular Posts