SARAWAK JANJI MANDAT NAJIB KEKAL PM

SIBU – Kerajaan Sarawak mahu melihat Datuk Seri Najib Tun Razak untuk terus menerajui pentadbiran negara selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, Barisan Nasional (BN) Sarawak akan menyampaikan mandat supaya Perdana Menteri dapat membangunkan lagi negeri itu dan membawa kemakmuran yang berterusan kepada rakyat.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis jamuan malam yang dihadiri oleh Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor bersama lebih 500 pemimpin parti komponen BN Negeri, tuai rumah dan ketua masyarakat kawasan pilihan raya Sibu, Lanang dan Sarikei di sini hari ini.

Najib dan isteri tiba di sini hari ini untuk memulakan lawatan dua hari di sini dan akan melawat Bintulu esok untuk merasmikan majlis sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan di tapak lapang terbang lama pada jam 8.25 malam.

Taib, yang juga Pengerusi BN Negeri, berkata negeri itu amat yakin sekali untuk memenangi pilihan raya parlimen akan datang.

"Sejak dua tiga tahun lepas, pembangkang bercakap untuk merampas pemerintahan negeri dan kerajaan pusat kerana mahu membawa purubahan yang dinginkan oleh rakyat," katanya.

Pada masa sekarang, katanya, rakyat telah sedar bahawa pembangkang tidak boleh menunaikan apa yang dijanjikan oleh mereka.

"Hasilnya mereka memilih untuk mempercayai Najib lebih daripada pembangkang yang tidak menceritakan kebenaran mengenai beliau dan BN.

"Saya mempunyai harapan tinggi penduduk Sibu akan kembali dan menghargai jasa serta merasai sebenar kerajaan BN," jelasnya. – Bernama

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular Posts