KERAJAAN AKAN SEKAT PENYIARAN 'INNOCENCE OF MUSLIMS'!!



KUALA LUMPUR 14 Sept - Kerajaan akan menyekat penyiaran filem 'Innocence of Muslims' yang menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia kerana menghina Nabi Muhammad SAW berikutan motif filem itu jelas menghina agama Islam.


Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata negara Islam lain seperti Indonesia dan Timur Tengah sudah melakukan tindakan menyekat penyiaran filem berkenaan dan Malaysia akan mengikut jejak yang sama.

"Saya sudah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk berunding terus dengan pihak berkuasa lain supaya tidak membenarkan akses kepada paparan itu sama ada melalui Youtube atau pun saluran lain," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menutup bengkel literasi ICT untuk Ketua-ketua Masyarakat Daerah Bintulu di Pusat Internet 1Malaysia Kampung Penan Muslim hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dipetik berkata tindakan segera belum diambil dengan menghalang filem itu diedar di negara dan mencadangkan filem berkenaan diharamkan daripada disiar di negara ini.

Rais berkata, sekatan filem itu bertujuan memberi amaran kepada mana-mana pihak sama ada di dalam atau luar negara yang kerajaan tidak akan bertoleransi dengan mana-mana elemen negatif yang menyentuh sensitivi agama dan kaum.


Beliau berkata, kerajaan tidak mahu penyiaran filem berkenaan mendatangkan impak negatif jangka panjang yang membawa kepada penyiaran filem yang menyentuh sensitiviti penganut agama lain seperti Kristian dan Buddha. 

KLPos dot com
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.











Comments

Popular Posts