KETUA PEMUDA KEPONG DISERANG. SAMUN @ SERANGAN LAIN?

Pagi tadi, pu3 menerima maklumat berkenaan serangan yang bermotif misteri. Seolah-olah samun tetapi peliknya tiada barang berharga atau apapun diambil dari mangsa. Adakah ia benar motif samun?

Menurut sumber yang memaklumkan kejadian 1L M Dato Norizan B. Ali KPT: 710411-02-5197 kena serang dgn senjata tajam di hadapan rumah No. 113 Jalan Dagang 2/4, Tmn. Dagang, Ampang bersabit Ampang Rpt: 24461/12.

Mangsa cedera parah bahagian perut dan tangan. Kejadian berlaku semasa mangsa baru balik restoran menonton bolasepak. Tiada harta hilang seperti dompet, wang tunai dan handphone, kini jalani pembedahan di Hospital Ampang krn perut terboroi.

Mangsa juga aktif politik sbg Ketua Pemuda UMNO Kepong Tiada saksi nampak kejadian dan motif belum diketahui. Mangsa sempat beritahu kawannya saspek 2 L dipercayai Indonesia.

Maklumat setakat ini mangsa ada bagitau seseorang ekorinya kurang 1 bulan namun ahli keluarga menafikan ada masalah atau permusuhan.

Menurut sumber lain pula :

SHAH ALAML: Ketua Pemuda Umno Kepong, Datuk Norizan Ali cedera parah di bahagian perut dan jari tangan dipercayai terputus akibat ditikam di depan rumahnya di Ampang, Selangor awal pagi ini.

Beliau sedang menjalani pembedahan di Hospital Ampang, kata isterinya Datin Roslinda Kamaruddin kepada Sinar Harian Online.

"Datuk kena tikam di kawasan depan rumah, sekitar 3.30 pagi. Keadaan serius, cedera teruk di perut, jari terputus.

"Sedang dibedah (di Hospital Ampang), doktor masih periksa keadaan, nak lihat kecederaan lain," kata beliau sebentar tadi.

Motif Norizan, awal 40-an dan seorang ahli perniagaan, diserang belum diketahui.

"Saya tidak tahu mengapa Datuk diserang. Tetapi barang-barang tak hilang, jadi hendak kata samun, saya tak tahu," kata beliau yang dalam perjalanan ke rumah mereka di Taman Dagang 3 dari hospital.

"Saya sedang balik ke rumah, polis hendak jalankan siasatan," katanya.

Menurut anak mangsa, ketilka kejadian ayahnya baru sahaja pulang dari menonton perlawanan bola sepak.

"Ayah sempat menggegar pintu rumah dan meminta pertolongan, bila kami keluar tengok ayah terbaring sambil mengerang kesakitan dengan jarinya juga hampir putus," katanya.

Mangsa yang kritikal dikejarkan ke Hospital Ampang dan terpaksa menjalani pembedahan dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

-sinarharian- at 9/24/2012 01:57:0

Ps: setakat ni pu3 belum menerima sebarang maklumat terkini. Sahabat cyber pu3 masih menunggu di hhospital, mengikuti perkembangan dato norizan Ali. Dan pu3 berharap, kes ini segera diselesaikan oleh pihak keselamatan agar tiada lagi kejadian berulang berlaku

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular Posts