SEORANG LAGI PESERTA PIJAK GAMBAR PM SERAH DIRI.

KUALA LUMPUR 5 Sept - Seorang gadis berusia 19 tahun yang merupakan salah seorang daripada 11 orang individu yang dikehendaki polis berhubung kelakuan biadap mereka pada malam Himpunan Janji Demokrasi lalu, menyerah diri hari ini.
 
Gadis tersebut hadir ke sebuah balai polis di Johor Bahru ditemani pemimpin DAP, termasuk Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa dan Timbalan Pengerusi DAP negeri, Norman Fernandez.
 
Gadis itu ditahan dan digari polis dan akan dibawa ke balai polis Dang Wangi Kuala Lumpur bagi menyiasat kes tersebut.
 
Menurut Norman, gadis itu ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
 
Gadis itu didakwa memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam perhimpunan Janji Demokrasi pada malam itu.

Sumber: KLPos
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

  1. Kenakan tindakkan yang sewajarnya. Jngn terlalu berlembut terhadap mereka yg xpernah besyukur dgn apa yg dikecapi skrng.

    ReplyDelete

Post a Comment