PRU13: PKR HARUS BERIKAN JAWATAN MB SELANGOR KEPADA PAS

Sampai minta diberi tempoh seminggu untuk meletakkan siapa MB Selangor?  Wahhh kenapa susah sangat nak lepaskan jawatan tu pakcik gagap? Dah jelas. PAS telah mendahului jumlah kerusi dalam DUN berbanding PKR.

Baca lagi

Team Azmin' harus berikan jawatan MB Selangor kepada PAS.

Kejayaan Pas menambah penguasaan kerusi dewan undangan negeri (DUN) Selangor daripada lapan kepada 15 pada pilihan raya umum ke-13 semalam, membuktikan peningkatan pengaruh mereka di negeri itu berbanding dua sekutunya.

 Perkembangan itu juga membuka peluang kepada Pas untuk mengetuai kerajaan negeri Selangor yang pada penggal lalu diteraju PKR. Berbanding Pas, PKR kali ini hanya menambah satu kerusi kepada 14, sementara DAP pula menang 15 berbanding 13 kerusi pada 2008. Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata pakatan DAP-PKR-Pas di Selangor harus memberi peluang kepada Pas meneraju kerajaan negeri itu kali ini.

 "PKR dah ada peluang lima tahun lepas, bagilah peluang kepada Pas. PKR kena berjiwa besar," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini semalam. Hasan yang pernah menjadi Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Selangor sebelum dipecat daripada PAS pada Januari 2012, turut menggesa pakatan itu berpegang kepada semangat setiakawan.

 Beliau merujuk kepada desas-desus jawatan menteri besar itu diintai oleh Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Hasan turut menyenaraikan nama-nama anggota dewan undangan negeri (Adun) Pas yang layak mengisi jawatan itu, antaranya Adun Sabak, Sallehen Mukhyi; Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia dan Sukan.

 Sallehen, 46, ialah pendakwah bebas dan juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor manakala Mohd Khairuddin, 42, merupakan Setiausaha Perhubungan Pas Selangor, dan Dr Ahmad Yunus, 48, ialah Yang Dipertua Pas Kuala Langat. Abdul Khalid pada sidang akhbar di sini semalam memberitahu calon Menteri Besar Selangor akan ditentukan oleh pucuk pimpinan pakatan dalam masa seminggu ini. "Soal pentingnya bakal calon MB (menteri besar) mesti diterima dan diperkenan Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah)," katanya.

Sumber: utara news blog

Comments

  1. ape ni, nak lantik mb satu minggu, kalau nak lantik pm satu tahun kot.... ubahlah perangai... malulah pada tuhannnnnnn

    ReplyDelete
  2. PAS pak turut je.. memula tegang2 leher nak.. pastu terus diam.. mesti dr PKR yg akan jd MB.. tak caye nengok le nanti

    ReplyDelete
  3. bagi MB selangor kat DAP la.......sama je tu............

    ReplyDelete
  4. Bagi je ke PAS... Dalam tempoh 100 hari kita mahu lihah apa yang dia buat.... Atau PAS kena tunggu clearance DAP dulu? Demi pemuafakatan pakatan... bukan demi ketaatan kpd Allah s w t.
    1. tutup kilang arak Carlsberg tepi highway.
    2. tutup sekurangya 150 rumah-rumah urut.
    3. tutup padang lumba kuda di Mines.
    4. tutup pub pub

    apa lagi ek!

    ReplyDelete
  5. Harap supaya MB adalah dari PAS supaya dapat memartabatkan sinar islam. Perkara utama yang perlu segera di laksanakan apabila PAS memerintah Selangor 1- Tutup semua pusat rumah urut di seluruh selangor, 2- Tutup segala tempat hiburan yang melalaikan i.e. pub2, 3- Usahakan dalam 5 tahun (sebelum next election) utk menutup operasi kilang Carlsberg, 4- Menaik taraf skolah2 tahfiz di sekitar selangor dengan bantuan kewangan. Fikir2 kan lah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts