DI MANA ARAH SELEPAS INI????
Bukan pu3 pertikaikan pemilihan pegawai keliling PM. Bukan juga nak berkurang ajar. Namun apa yang pu3 nak kongsikan ini ada kebenarannya. Walau pahit tetapi realitinya kemungkinan itulah berlaku.
Baca di sini
MEMBACA akhbar-akhbar utama sejak akhir-akhir ini berbagai-bagai pihak menggesa supaya kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Red Bean Army dan ini seolah-olah negara ataupun kerajaan baru tersedar kewujudan kumpulan seperti ini yang sedang hebat mengadu domba serta mengelirukan rakyat.
Hakikat ini menjadikan seakan-akan pelik tapi benar bahawa adakah betul kerajaan baru tahu tentang kewujudan kumpulan pengkhianat ini atau sudah tahu tapi menjadi perkara remeh untuk diambil tahu oleh kerajaan dan pelbagai pihak lagi sedangkan segala gerakan untuk mengkhianati Negara telah pun didedah ataupun ditulis oleh bloger-bloger pro kerajaan secara percuma dan tidak dibayar seperti bayaran yang diterima oleh Red Bean Army itu yang diupah untuk menumbangkan kerajaan.Pendedahan demi pendedahan telah dibuat melalui pelbagai tulisan, tetapi tidak ada siapa yang melihat ini sebagai sesuatu yang serius sehinggalah kesannya sama-sama boleh dilihat melalui keputusan PRU13 baru-baru ini dan jika benar perkara ini PM Najib baru tahu, amat malanglah kepada beliau kerana kegagalan pasukan risikannya yang gagal melaporkan tentang aktiviti `team' yang dibiayai jutaan ringgit oleh pembangkang ini.
Lebih malang lagi kerana PM Najib sememangnya mempunyai rangkaian kerja yg diketahui hebat yang berpengkalan di Pejabat PM atau memang ada sesuatu yang tidak kena dengan pegawai dan kakitangan pejabat PM Najib sehinggakan maklumat ataupun gerakan ini boleh terlepas pandang.(Mungkin masing-masing sibuk nak susun strategi sebagai calon walaupun semua kalah dan kini galak pula menyusun strategi untuk kembali semula ke pejabat PM). ).
Red Bean Army tiba-tiba menjadi tersohor dan gah dengan kejayaan mereka yang hampir menumbangkan kerajaan BN melalui PRU13 dengan kempen hasutan mereka dan kejayaan mereka menggerakkan gerakan telah menidakkan kemenangan 2/3 BN di Parlimen dan terus cuba menghasut rakyat menjatuhkan BN melalui gerakan jalanan dan dalam pada itu,apakah tidak ada pihak yang kini tersenyum sendiri kerana beban kesalahan dan kegagalan mereka kini telah diletakkan sepenuhnya kepada Red Bean Army.Ada orang-orang tertentu sedang tersenyum puas kerana kegagalan dan perancangan mereka memasang jarum yang menusuk dari dalam langsung tidak disedari dan betapa bangganya mereka melaporkan bahawa punca kegagalan ini adalah kerana kehebatan dan strategi Reed Bean Army sedangkan gerakan jahat mereka dari dalam tertutup rapat….
Baca selanjutnya
Ps: bukan sekali pu3 bertemu. 3 kali bermesyuarat. Bunyi berkeyakinan tinggi kononnya mereka lah paling hebat dalam susun strategi cyber. Maaflah pu3 kata BERLAGAK je lebih. Setakat nak MENGAMPU dan BODEK je sekarang hasilnya sudah jelas bukan. Semua pembentangan hanya buang masa sahaja.
Pu3 mahukan mereka yang berada di sekililing perdana Menteri adalah mereka yang benar-benar tahu buat kerja dengan bijak. Buka sekadar jadikan platform peluang diberi sebagai tangga meniti ke atas. Pu3 ni hanya ikan bilis. Tetapi jangan lupa... ikan bilis adalah makhluk dijadikan Allah swt dalan kekuatan berkumpulan. Pu3 sayangkan Malaysia. Sayang sangat pada parti UMNO. Tidak rela pu3.. individu yang bertopeng malaikat mendapat tempat kerana mereka ini hanyalah parasit memusnahkan perumah di mana mereka menetap.
Comments
Post a Comment