MAHASEWEL UPAHAN ANWAR BUAT KECOH DEPAN SPR


Polis menyuraikan perhimpunan kira-kira 50 pemuda yang mengaku sebagai anggota beberapa pergerakan belia dan mahasiswa di hadapan pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abd. Razak Abd. Majid berkata, polis bertindak menyuraikan perhimpunan itu selepas kira-kira sejam mereka berhimpun sejak pukul 3.30 petang.


"Mereka nak hantar memorandum bantahan sahaja dan ia berlangsung secara aman. Keadaan terkawal," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabat SPR di sini.

Ditanya jika tangkapan akan dibuat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 memandangkan penganjur perhimpunan itu tidak menghantar notis terlebih dahulu, Abd Razak berkata: "Kita akan jalankan siasatan dahulu mengenai perkara itu."


Kumpulan itu yang mendakwa daripada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Solidariti Mahasiswa Malaysia, Gerakan Mahasiswa Islam Malaysia dan Gerakan Mahasiswa 13, menghantar memorandum antaranya mendesak pegawai SPR meletak jawatan, penubuhan SPR di bawah satu kepimpinan baru dan pilihan raya umum diadakan semula. - Bernama

Ps: kotor kebenda otak depalah kotor bebenor! Kot menang 3 negeri sebab taktik kotor depa

Comments

Popular Posts