PERHIMPUNAN BLACK: HARAM DAN NIK NAZMI DIHADAPKAN KE MAHKAMAH

Nak kata bodoh... dah jadi ADUN. Nak kata cerdik pun tak sesuai dan layak. Tindakan melanggari larangan himpunan walau sudah tahu prosedurnya masih juga nak buat! Tabiat tunjuk lagak dan degil bodoh ni seperti 1 trend image untuk mereka yang tegar bebenor dalam pakatan pembangkang ni.

Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Setia (Adun) Nik Nazmi Nik Ahmad didakwa bawah Akta Perhimpunan Aman kerana kegagalan menyerahkan notis 10 hari kepada polis untuk mengadakan perhimpunan haram di Kelana Jaya, baru-baru ini.

Nik Nazmi selaku penganjur untuk Pakatan Rakyat (PR) dituduh melakukan kesalahan itu pada jam 8.30 malam di Stadium Kelana Jaya.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya Rohana Ayub dan dibebaskan tanpa ikat jamin.

Nik Nazmi dituduh bawah seksyen 9(1) yang kita sabit kesalahan boleh tidak lebih daripada 10,000.

Menurut undang-undang, beliau akan hilang kelayakan sebagai wakil rakyat sekiranya jumlah denda ditetapkan lebih RM2,000.

Himpunan pada 8 Mei membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sumber : bro jinggo

Ps: kalau hilang kelayakan sekalipun.. mereka ni fahamker? Atau buat tak faham dan pura-pura tidak tahu. Silap hari bulan.. mereka akan canangkan sekali lagi kononnya perundangan tidak adil dan bias. Pu3 bukan tak faham dengan cara mereka ni. !!! Tengok muka pun nampak sangat tak tau taubat apa lagi rasa bersalah!

Kalau pru14 ni tidak adil.. takkan pakatan pembangkang masih menakluki 3 negeri di semenanjung Malaysia! Sendiri mau canang kena pakai otaklah!

Comments

Popular Posts