NAIK HARGA????


Pagi ni pu3 nak cerita. Kejadian benar-benar terjadi. Tak pasal-pasal tengahari tadi sebaik sahaja tiba di KLIA, pu3 malas nak naik ERL. terus ke kaunter teksi.

Semasa berbaris tunggu giliran membeli tiket teksi. Adalah seorang pelanggan menempah tiket nak ke cheras. Harga bayaran dalam lingkunagn RM80++ . Spontan 1 mamat belakang pu3 merungut.

" aik.. habis PRU teksi dah nak tambang?"

Pu3 toleh belakang nak tengok muka si mamat yang merungut. Dah dialek macam orang Sabah. Oooo yang 1 flite dengan pu3 rupanya. Chiness look. Like pu3 also hahhaha.. wajah sinonim untuk Sabah actually. But pu3 tau sah ada darah jugalah

Pu3 beranikan tanya. " nak ke cheras jugakah?"

Tersengih-sengih dia jawab. "Tak. Nak ke PJ"

"Biasa je Cheras ker? "

"Tak"

" jadi macam mana tau tambang ke cheras naik?"

Mamat tu tak terjawab. Sebaik sahaja giliran pu3 membuat tempahan. Pu3 sebut destinasi pu3 ke PWTC. Saja nak provok semasa mesin tunjukkan harga biasa pu3 tahu. RM74.30. Tiada berubah langsung

" cik naik harga tambangker sekarang?" Petugas kaunter buat muka selamba jawab

" ada naik ker?"

" tengok tak naikpun. Tapi ada yang dah kecoh kat belakang kata harga tambang naik"

Sengih-sengih tahan ketawa. Very sporting! Pu3 tak tengok lagi reaksi mamat tu. Tapi boleh bayangkan bagaimana reaksinya. Hehehhehe padan muka hang!!!!

Moral of story: jangan nak menggunakan bahan sebab nak kempen tetapi memalukan diri sendiri. Kalau iyapun sokong pembangkanh. Tunjukkan provoke yang bijak bukan kepala dihentak!

Comments

Popular Posts