MAYAT PERTAMA TRAGEDI BOT KARAM DI BELAGA DITEMUI


KUALA LUMPUR:  Mayat pertama dalam kejadian bot ekspres karam di Belaga telah ditemui tidak jauh dari tempat kejadian.Mayat Tujok Lah, 44, telah ditemui pada pukul 7 pagi oleh penduduk Rumah Panjang Rh Tevok.

Tujok, merupakan salah seorang daripada 11 orang yang dilaporkan hilang selepas bot yang sarat dengan penumpang itu melanggar batu dan karam dekat Tanjong Giam Bungan.

Ketua Polis Daerah Belaga Bakar Sebau berkata mayat Tujok akan dihantar ke rumah mayat Hospital Belaga.

Operasi pencarian penumpang lain yang hilang diteruskan hari ini.

Setakat ini, lebih daripada 190 orang dilaporkan telah berjaya diselamatkan.

Bot ekspres 'Kawan Mas' itu karam antara pukul 8.30 pagi dan 9 pagi pada Selasa semasa dalam perjalanan dari Bakun di pekan Belaga menuju Kapit.

Ketika kejadian, jumlah penumpang yang menaiki bot Kawan Mas itu adalah lebih 190 orang namun jumlah yang dibenarkan adalah hanya 75 penumpang sahaja. - Astro Awani

Comments

Popular Posts