PETROL RON97 TURUN 20 SEN MULAI MALAM TADI


Sah Anwar bersama kuncu-kuncunya meraung lagi selepas menerima berita ini. Salah satu kempen mereka nak rakyat menolak BN kononnya selepas PRU harga barang terutamanya minyak akan melonjak naik kerana kononnya menampung perbelanjaan sebelum PRU 13.

Pengumuman malam semalam dengan penurunan 20 sen untuk RON97 ini akan menampar mulut penipu pakatan pembangkang. Mengaku pakar ekonomi konon... tapi hal inipun dah tersembam!!!

Baca lagi...

Harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara turun 20 sen seliter kepada RM2.70 seliter berbanding RM2.90 seliter berkuat kuasa malam tadi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hassan Malek mengesahkannya semasa dihubungi Bernama di sini hari ini.

Harga petrol RON97 disemak kali terakhir pada Mac 2013 dan pernah  berada pada paras RM3 seliter pada September 2012.

Harga runcit RON97 ditentukan oleh 'apungan terurus', dan harga akan berubah mengikut kuasa pasaran.
Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia, Datuk Zulkifli Abdul Mokti berkata penurunan harga RON97 disambut baik selain memperlihatkan dasar kerajaan yang mengutamakan keperluan rakyat.

"Saya percaya (penurunan) itu tepat sekali. Kerajaan dilihat memang berpegang pada dasar," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata penurunan berkenaan disebabkan harga pasaran minyak dunia yang mengalami sedikit penurunan selain dasar apungan harga minyak yang diamalkan oleh kerajaan.

Beliau juga menjangka tiada kenaikan harga minyak petrol untuk RON95 dan RON 97 dalam masa terdekat ini.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata penurunan harga minyak petrol RON97 tidak menjejaskan operasi stesen-stesen minyak seluruh negara selain tidak menyebabkan kerugian kepada pengusaha stesen minyak
BERNAMA.

Lain kali.. kalau nak menyakinkan orang dengan pembohongan sekalipun... kena banyak membuat kajian terperinci sebelum melakukan sebaran palsu. Jangan baru sesuku langkah muslihat menipu dah kantoi!!!! Pakatan pembangkang memang kaki penipu!!!

Comments

  1. Terima kasih di atas penurunan RON97. Namun begitu kebanyakan rakyat Malaysia golongan sederhana dan rendah menggunakan RON95. Tidak semua orang berada menggunakan RON97. Penurunan ini tidak dirasai oleh rakyat yang biasa.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih di atas penurunan RON97. Kebanyakan rakyat Malysia golongan sederhana, rendah menggunakan RON95. Penurunan ini dinikmati oleh golongan berada, kaya yang menggunakan RON97. Segolongan kecil sahaja yang merasainya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts