PRU13: CUBAAN 12, 000 DUA KERAKYATAN DIBAWA MASUK

Mustapa Mohamed, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan


Parti tertentu dipercayai dalang atur pergerakan bagi buang undi, diberi habuan

Jeli: Seramai 12,000 pemegang dua kerakyatan Malaysia dan Thailand dipercayai cuba dibawa masuk ke negara ini untuk membuang undi, esok dengan diberi habuan wang tunai. 

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed ketika mendedahkan perkara itu berkata, parti tertentu dipercayai menjadi dalang dengan mengatur pergerakan masuk pemegang dua kerakyatan yang menetap di Thailand ke beberapa kawasan di negeri ini. 

"Mereka ini tinggal di Thailand dan datang ke Malaysia untuk membuang undi. Kita dan kerajaan Thailand tidak mengiktiraf orang yang mempunyai dua kerakyatan" Mustapa Mohamed, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan


Mustapa berkata, berdasarkan maklumat, antara kawasan yang dituju kumpulan terbabit ialah Tanah Merah, Tumpat, Rantau Panj ang, Jeli dan Pasir Mas.

"Setakat ini, dua kawasan iaitu Kampung Lalang Pepuyu di Jeli dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Meranti di Pasir Mas sudah dibolosi pemegang dua kerakyatan terbabit.

"Parti berkenaan sejak beberapa bulan lalu mengeksploitasi golongan ini dan bertindak membawa mereka masuk ke Malaysia. Ini kerana mereka terdesak mempertahankan Kelantan pada PRU-13," katanya pada sidang media di Pejabat UMNO bahagian Jeli di sini, semalam.

Tiada hak mengundi 

Mustapa berkata, pemegang dua kerakyatan tidak ada hak untuk mengundi di Malaysia dan kedatangan mereka dikhuatiri memberi kesan kepada keputusan PRU-13.


"Mereka ini tinggal di Thailand dan datang ke Malaysia untuk membuang undi. Kita dan kerajaan Thailand tidak mengiktiraf orang yang mempunyai dua kerakyatan," katanya.

Beliau berkata, parti terbabit juga pernah membawa masuk rakyat Thailand yang memegang dua kerakyatan untuk menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan dikenakan caj tertentu.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata, golongan itu dipercayai memasuki negara ini melalui pintu masuk utama di Pengkalan Kubor, Tumpat; Rantau Panjang dan Bukit Bunga di Jeli atau melalui pangkalan haram.

Berikutan itu, beliau mendesak pihak berkuasa Malaysia dan Thailand bertindak menyekat kemasukan golongan terbabit kerana mereka tidak berhak menentukan masa depan Malaysia.
Gugat kestabilan negara

"Tindakan golongan itu boleh menggugat kestabilan negara kerana mereka tidak tinggal di Malaysia, pada masa sama mereka diberi maklumat salah mengenai kerajaan Malaysia," katanya.

Mengenai politik wang, Mustapa berkata, pihaknya menerima laporan pemimpin dan penyokong PAS memberi RM50 kepada pengundi atas pagar dan penyokong UMNO untuk memancing undi.

Beliau berkata, PAS dulu mendabik dada mendakwa bahawa mereka bersih, tetapi hakikatnya mengamalkan politik wang dan menuduh UMNO pula berbuat demikian.

"Inilah pusingan roda, PAS kata dia parti bersih. Tapi kini kotor dan rakyat perlu berhati-hati dengan sikap pihak yang cakap lain tapi tak serupa bikin.

"Laporan polis sudah pun dibuat berhubung perkara ini di DUN Bukit Bunga. Saya sedang mengumpul maklumat dan difahamkan ejen (parti) sedang mengedarkan wang," katanya.

Sumber: BH online

Ps: macam-macam cara pembangkang pakatan nak memenangkan pihak mereka walaupun cara itu melanggar peraturan yang sudah ditetapkan. 

Terdesak sangatker bro?

Comments

Popular Posts