GAP: AZRAN OSMAN MELAYU YANG LUPA DIRI
BLOG GERAKAN ANTI PKR : Memang hebat Melayu bernama Azran Osman ini. Konon-kononnya apabila sudah bergelar Melayu Baru, yang bertapak dalam dunia korporat, maka bencilah dia kepada RASIS atau apa-apa sahaja yang dibangkitkan berkenaan Melayu.
Jangan sebut apa-apa tentang Melayu sebab bagi orang Melayu yang sudah lupa diri dan bongkak dengan kejayaan korporatnya, itu adalah RASIS dan bercanggah dengan inspirasi Melayu masakini.
Disebabkan itulah, dengan penuh bangga, dia membuat keputusan untuk menarik iklan-iklan AIR ASIA daripada UTUSAN MALAYSIA yang disifatkannya sebagai AKHBAR RASIS. Bangga sungguh dia dengan AIR ASIA yang boleh pulak memberikan iklan kepada akhbar-akhbar RASIS yang lain, terutama sekali akhbar-akhbar Cina.
Haram tak sekutik pun dia bercakap tentang PERKAUMAN yang dimainkan oleh akhbar-akhbar lain terutama sekali yang kiblatnya adalah DAP. Tetapi apabila berkenaan dengan Melayu, pantas dan bingkas pula dia dengan secepat mungkin untuk mengelakkan AIR ASIA daripada diboikot oleh pelanggan-pelanggan bukan Melayu, khususnya Cina.
Ini perangai Melayu-Melayu yang tidak sedar diri. Masa mula hendak bertapak, Melayu jugalah yang akan digunakan untuk menagih simpati. Dari zaman sekolah, Melayu jugalah yang akan disandarkan untuk mendapatkan segala kemudahan terutama sekali biasiswa. Dan Melayu jugalah yang akan dijadikan umpan agar dia ditempatkan di pusat pengajian terbaik selain mendapat penajaan bagi melanjutkan pelajaran.
Namun apabila sudah berjaya, lain pula yang dibuatnya.
Azran Osman bukanlah satu-satunya MELAYU LUPA DIRI di Malaysia. Ada ramai Melayu seperti ini. Masa susah, merekalah Melayu. Mereka menuntut hak Melayu mereka dipenuhi agar Melayu kononnya dinaikkan martabat. Mereka meminta keistimewaan kontrak daripada kerajaan atas dasar mereka adalah BUMIPUTERA dan MELAYU.
Sumber: KLPos dot com
Comments
Post a Comment