PRU13: WARKAH UNTUK PM

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri,

Saya mengikuti perkembangan PRU-13 dengan amat dekat sekali. Setelah keputusan PRU-13 disebarkan di seluruh pelosok negara, saya melihat satu perkembangan yang amat bingung pada hemat saya.

Lantas saya melihat makna scorned dan saya faham bahawa maknanya adalah treated with contempt, despised, detested, hated dan unloved.

Saya berpendapat berdasarkan latar belakang pendidikan YAB adalah amat mudah untuk memahami istilah scorned. Namun dalam ucapan sulung YAB semasa pembentukan kerajaan dengan majoriti mudah, YAB masih menekankan konsep integrasi nasional dan tentang bahaya yang akan mendatang. Namun saya boleh katakan dengan jelas bahawa pengundi Cina langsung tidak berminat dengan konsep tersebut.

Dalam bahasa Melayu mengikut istilah Dewan Bahasa dan Pustaka, scorned bererti 'mereka mentertawakan, mempersenda usaha saya yang remeh'.

Saya cadangkan kepada YAB agar melihat scoreboard yang tertera di hadapan YAB. Amat jelas dan tiada yang tersirat. Pengundi Cina telah membuat pilihan.

Mereka enggan berkompromi dan berunding. Mereka telah membuat pilihan untuk tidak bersama dengan kerajaan Barisan Nasional.

Tiada lagi perundingan dengan mereka. Tiada lagi kata-kata manis serta janji yang harus dilemparkan kepada Dong Zhong. Tiada lagi sikap mengemis. UMNO tetap unggul dalam menentukan kepelbagaian kek ekonomi secara adil. Kita telah melakukan yang terbaik buat mereka malangnya kaum Cina telah memberi tuba kepada kita.

YAB mesti menumpukan kepada pembangunan modal insan umat Melayu beragama Islam. Mereka inilah yang telah meletakkan YAB ke tahap YAB berada sekarang.

Bangunkan mahaad tahfiz sebanyak yang mungkin. Kalau anak Melayu beragama Islam mampu menghafal 30 juzuk al-Quran dalam masa dua tahun maka mereka mampu menguasai bidang sains dan teknologi berdasarkan fotografik memori mereka.

Tumpukan kepada pembangunan modal insan pada kelompok ini di samping mereka yang berada di UiTM. Jadikan UiTM sebagai sebuah universiti ivy league negara! Itu adalah cara terbaik untuk mengucapkan terima kasih kepada orang Melayu, kepada pribumi Sarawak dan Sabah.

Saya amat menghormati YAB sebagai seorang yang kuat bekerja dan mempunyai kefahaman holistik yang mampu membawa Malaysia pada satu tahap yang membanggakan.

Namun istilah scorned yang diapi-apikan oleh parti DAP amat terasa sekali.

Masyarakat Cina telah membuat keputusan mereka dan ia adalah muktamad sehingga pada PRU-14 ini. Mereka memilih polarisasi atau menjurangkan mereka dengan kaum lain. Mungkin mereka merasa telah menguasai segala-galanya?

Telah tiba masanya YAB membuat keputusan muktamad dan adil. Melayu dan Islam masih bersama dengan UMNO. Perkiraan mudah saya adalah Pas memiliki 21 kerusi Parlimen. Nampak kecil tetapi mampu membawa kepada majoriti dua pertiga. 133 + 21 > 154.

Angka tidak akan menipu!-

Sumber: agendadaily .

Comments

  1. MEMANG ITULAH YANG PATUT DILAKSANAKAN PADA HARI YANG MENDATANG..JANGAN LAGI MENOLEH KEBELAKANG. PENGAJARAN KEPADA BANGSA MELAYU PATUT DIKEMBALIKAN JUGA KEPADA MEREKA. KITA BUKAN BERDEMDAM TAPI TELAH NYATA MEREKA MENGKHIANATI TOLAK ANSUR KITA SELAMA INI...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts