Followers

DALANG LAHAD DATU - RAJA PETRA BERI KETERANGAN


KUALA LUMPUR: Keterangan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin yang mendakwa mempunyai maklumat bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai kaitan dengan insiden pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah akan mula direkodkan esok.

Maklumat daripada Raja Petra itu akan direkodkan oleh dua atau tiga pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Menurut sumber, sesi mengambil keterangan itu akan berlangsung sama ada di Jakarta, Indonesia atau di Singapura tetapi masanya belum dapat dipastikan lagi.

"Keterangan (Raja Petra) akan direkodkan sebaik sahaja beliau tiba ke negara tersebut.

"Buat masa ini, beliau difahamkan masih lagi dalam perjalanan dari Manchester, United Kingdom ke lokasi pertemuan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumber berkata, pegawai JSJ yang dihantar itu dijangka meluangkan masa kira-kira dua jam bersama penulis tersebut bergantung kepada maklumat dan bukti yang dikemukakannya.

Katanya, rakaman percakapan Raja Petra dijangka dapat membantu polis merungkai misteri siapa dalang di sebalik insiden pencerobohan Lahad Datu pada 1 Mac lalu yang mengorbankan 10 anggota pasukan keselamatan.

"Penghantaran pegawai JSJ terbabit bertemu Raja Petra adalah berikutan kenyataan yang didedahkannya dalam Malaysia Today bahawa beliau mempunyai bukti dan butiran lengkap berkenaan penglibatan Anwar dalam insiden tersebut."Dipercayai Raja Petra adalah antara sumber kukuh yang dapat membantu mengheret dalang insiden berdarah itu ke muka pengadilan," ujarnya.Utusan Malaysia hari ini, melaporkan polis semakin hampir mengenal pasti siapa dalang di sebalik insiden pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu.

Ia berikutan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menghantar pegawainya ke sebuah negara jiran dalam masa terdekat untuk merakam keterangan Raja Petra.Langkah itu adalah susulan artikel ditulis Raja Petra yang mendakwa mempunyai maklumat bahawa ketua pembangkang itu mempunyai kaitan dengan insiden pencerobohan berkenaan.

Artikel itu yang bertajuk 'Kisah di sebalik insiden Lahad Datu' disiarkan Raja Petra di dalam laman web tersebut pada 25 Mac lalu.Dalam artikel tersebut, beliau mendakwa mempunyai butiran setiap perjumpaan yang berlangsung di antara Anwar dan bekas Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari.

Sumber: Melayu Berwawasan

No comments:

Post a Comment