PRU13: BN TIDAK KENA MENGENA DENGAN BANNER INI


Tengok pada banner ini sudah boleh agak ia satu usaha pihak tertentu ada yang motif politik semasa kempen PRU13 sekarang untuk cetus kebencian dan kemarahan penganut agama Kristian kepada BN.

Ini mendorong Setiausaha Agung Barisan Nasional,Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Rabu mengeluarkan kenyataan akhbar menafikan BN ada kaitan dengan pemasanga  banner berkenaan.

Katanya pemasangan banner tersebut adalah suatu tindakan bermotifkan fitnah dan memburuk-burukkan BN kepada penganut agama Kristian di seluruh negara.

"BN melahirkan rasa kesal dan kecewa terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang mendokong pengamalan politik kotor sepanjang tempoh berkempen ini.

"Tindakan ini adalah bertujuan untuk memecah belahkan perpaduan dan mengganggu gugat keharmonian antara agama yang selama ini terpelihara dengan baik oleh BN," katanya.

Tegas beliau  lagi, BN tidak pernah dan tidak akan menerbitkan mana-mana bahan kempen yang boleh menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan antara kaum di negara ini kerana BN itu sendiri berteraskan perpaduan dan keharmonian bangsa dan agama.

"BN juga mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab ini.

"BN memohon kerjasama pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mempunyai bidang kuasa untuk memantau bahan-bahan kempen yang bersifat melampau dan berlandaskan fitnah ini agar diturunkan secepat mungkin untuk mengelak kejadian lebih buruk.

"Setiap parti harus bertanggungjawab dan tidak menggunakan apa-apa sahaja bentuk taktik kotor yang tidak bermoral dalam memenangi PRU-13 demi menjaga keharmonian, perpaduan dan kemakmuran negara yang terbina selama ini," katanya.

Tengku Adnan turut memohon jasa baik seluruh warga Malaysia untuk tidak terlibat dalam mana-mana aktiviti politik kotor sepanjang tempoh berkempen demi memastikan proses pilihan raya dapat dijalankan dengan aman dan harmoni.

"Jika ada mana-mana pihak mahu tampil ke hadapan berkongsi sebarang maklumat terhadap perkara ini, ianya amatlah dialu-alukan," ujarnya.

Sumber: agendadaily

Ps: pakatan pembangkang semakin kuyup. Taktik kotor dilakukan untuk menfitnah untuk menentang kebenaran BN

#vote4BN
#betternation
#PRU13
#BNBah
#BNTatap

Comments

Popular Posts