MAHKAMAH DAH TETAPKAN MANIFESTO BUKAN JANJI. NAJIB TAK PERLULAH TUNAI JANJI KOT PADA KAUM CINA??!!!!

Manifesto bukan janji..maka golongan ibu tunggal lupakan segala janji yang diberikan oleh kerajaan PKR Selangor,Pisau berasakan janji yang diberikan oleh DS Najib kepada kaum cina juga tak perlu ditunaikan memandangkan mahkamah telah menyatakan bahawa janji pilihanraya  tidak boleh dikuatkuasakan secara sah.



Hari ini ibu tunggal sedih kerana sebuah kerajaan pakatan yang kononnya berkebajikan tidak menunaikan janji.Tetapi diraikan oleh para media dan blogger pakatan. Kata mereka Ibu tunggal sudah menjadi ibu tunggul..janji hanya tinggal janji dan boleh dimungkiri apatah lagi mahkamah mengesahkan kenyataan Khalid Ibrahim bahawa "Manifesto bukan janji".

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan bahawa sebuah manifesto pilihan raya tidak boleh dikuatkuasakan secara sah.

Berikutan keputusan penting itu, mahkamah membatalkan saman sivil yang difailkan oleh 2,020 ibu tunggal di Selangor berhubung pembayaran elaun RM100 kepada mereka seperti terkandung dalam manifesto pembangkang pada pilihan raya umum 2008.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof membenarkan rayuan kerajaan Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim supaya mengetepikan keengganan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan saman tersebut.

Hishamudin bersetuju dengan hujahan yang dikemukakan oleh peguam A Vishnu Kumar, yang mewakili kerajaan Selangor dan Khalid, bahawa manifesto itu bukan sebuah dokumen yang terikat di sisi undang-undang.

Vishnu telah mengemukakan bahawa seseorang yang tidak berpuas hati dengan kegagalan memenuhi janji pilihan raya tidak boleh menuntut untuk menguatkuasakan manifesto tersebut.

Beliau berkata remedi mereka merupakan bersifat politik dengan memetik kes mahkamah di England termasuk keputusan hakim terkenal, Lord Denning, yang memutuskan remedi pengundi untuk tidak memenuhi janji pilihan raya terletak di peti undi.

Hishamudin juga menerima hujah Vishnu bahawa pihak responden yang diketuai pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor, Murtini Kasman Saman, tidak boleh mencabar perkara itu berikutan saman sivil itu telah difailkan di luar tempoh masa.

Peguam itu memberitahu mahkamah bahawa pihak responden sepatutnya memfailkan saman tersebut dalam tempoh tiga tahun mulai Mac 2008 tetapi hanya melakukannya pada 23 November tahun lepas.

Mahkamah kemudian memerintahkan responden membayar kos guaman sebanyak RM1,000 kepada kerajaan Selangor dan Khalid.

Peguam Walter Pereira, yang mewakili pihak responden, berkata janji-janji dalam manifesto itu diterjemahkan sebagai satu bentuk kontrak.

Kumpulan ibu tunggal itu memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam tahun lepas dengan menuntut elaun berjumlah RM10.9 juta seperti dijanjikan kepada mereka oleh pakatan pembangkang dalam manifesto pilihan raya umum 2008.

Pada 12 Disember 2011, kerajaan Selangor dan Khalid memfaikan permohonan untuk membatalkan saman tersebut dan pada 23 Januari lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan itu dan memutuskan kes itu dibicarakan.

-Bernama

Dh berjanji pun.. tetap nak kata dah terlambat dan sudah lama diabaikan! Sejuta alasan sahaja oleh mereka. Memalukan pada kami yang mewarisi darah 1 Malaysia ni!!!

Comments

  1. so DSN tolong jangan bazirkan duti rakyat kepada puak "najis berat" dlm negara ini. help chinese LAST !!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts