CEO MAYBANK , PRESIDEN TRANSPERANCY ANTARA DILANTIK MENJADI MENTERI


KUALA LUMPUR 15 Mei - Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Presiden Transperancy International Malaysia, Datuk Paul Low antara kalangan profesional yang dilantik sebagai menteri penuh.

Kedua-duanya yang bakal dilantik sebagai Senator akan memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) bersama enam lagi yang lain sepertimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini.

Enam lagi menteri di JPM ialah Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Idris Jala, Datuk Seri Joseph Kurup, Nancy Shukri dan Joseph Entulu Anak Belaun.

Sementara itu, seorang aktivis masyarakat India, P. Waythamoorthy pula akan dilantik sebagai Senator untuk memegang jawatan Timbalan Menteri di JPM bersama-sama Datuk Razali Ibrahim yang sebelum ini sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Comments