NAJIB ARAH SIASAT TERPERINCI TRAGEDI BOT KARAM


KUALA LUMPUR:  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca tragedi bot ekspres karam di Sungai Rajang, Sarawak pada Selasa lepas.

Beliau juga menyeru semua pengendali perkhidmatan feri supaya sentiasa bertanggungjawab terhadap aspek keselamatan bagi mengelak kejadian itu berulang.

"Saya telah mengarahkan supaya satu siasatan terperinci mengenai tragedi itu dibuat dan saya seru kepada semua pengendali feri supaya sentiasa bertanggungjawab," katanya dalam laman Facebook beliau hari ini.

Sambil melahirkan rasa sedih dengan tragedi tersebut, perdana menteri berkata seluruh rakyat Malaysia turut bersimpati dengan keluarga mangsa yang maut dalam kejadian itu.

Menurutnya rakyat Malaysia juga sentiasa mendoakan keselamatan semua pihak.

Najib turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi menyelamat mangsa tragedi itu.

Dalam kejadian itu, bot ekspres Kawan Mas yang dipercayai membawa lebih 200 penumpang dalam perjalanan dari Bakun ke Kapit, karam selepas terlanggar batu di Jeram Tukok/Jeram Bungan antara 8.30 pagi dan 9 pagi. - BERNAMA

Ps: kes sebegini...pada pandangan pu3.. tidak dapat dipersalahkan pihak berkuasa sepenuhnya.. dan tidak juga kepada asakan penumpang. Ianya adalah berpunca pada sikap tidak bertanggungjawab dan desakan memenuhi kehendak.

Pu3 tak nak komen panjang sebab.. insiden ini melibatkan perasaan individu yang terlibat, hanya pu3 boleh katakan... semua adalah berkait antara tanggungjawab dan sikap tamak

Comments

Popular Posts