KENYATAAN TONY FERNANDES DITEMPELAK WARTAWAN
Tragedi malang yang menimpa seorang ibu, Izan Suhaila Mohd. Ali, 36, dan anaknya, Maryam Sofea Mohd. Reza, 14 bulan, menunjukkan AirAsia hanya mementingkan keuntungan berbanding melaksana tanggungjawab sosial.
Wartawan TV3, Mazidul Akmal Sidek berkata, AirAsia juga dilihat lepas tangan dalam kejadian itu kerana bergantung sepenuhnya kepada prosedur syarikat tanpa menggunakan budi bicara.
Sambil melahirkan rasa kesal, Mazidul Akmal yang turut menyaksikan kejadian itu menambah, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes tidak sepatutnya membuat kenyataan melulu mempertahan kakitangannya tanpa mendapat penjelasan lanjut daripada mangsa.
Malah, beliau menempelak Tony yang seolah-olah berbangga menawarkan tiket penerbangan AirAsia percuma kepada Izan Suhaila serta saudaranya sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sedangkan mangsa sebelum itu dibiarkan terkapai-kapai di Ho Chi Minh, Vietnam.
"Malah, ketika kejadian itu juga tidak ada seorang pun daripada kakitangan AirAsia membantu mereka," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mazidul Akmal mengulas tragedi yang menimpa Izan Suhaila yang dihalang menaiki pesawat tambang murah AirAsia, AK 1455 untuk pulang ke negara ini dari lapangan terbang Ho Chi Minh dengan alasan anaknya, Maryam Sofea menghidap demam campak.
Tindakan tidak berperikemanusiaan AirAsia itu mencetuskan kemarahan banyak pihak selepas kejadian tersebut disiarkan Mazidul Akmal menerusi blognya di http://www.mazidulakmal.com semalam.
Sementara itu, Mazidul Akmal mempersoal penjelasan Tony kononnya seorang kakitangan perubatan memeriksa keadaan Maryam Sofea kerana wanita yang dimaksudkan memakai pakaian seperti seorang jururawat.
Katanya, 'doktor' itu juga hanya membisu dan menghilangkan diri tanpa menjelaskan status kesihatan Maryam Sofea kepada ibu mangsa.
"Tony menyebut seorang doktor perubatan datang merawat bayi itu tetapi saya hairan adakah doktor di Vietnam berpakaian seperti jururawat?," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut berbangga kerana penumpang dalam pesawat AK 1455 sanggup menghulurkan wang kepada Izan Suhaila selepas mengetahui mengenai nasib malang ibu berkenaan sedangkan tanggungjawab tersebut sepatutnya diambil AirAsia.
Prosedur (undang2 manusia) lebih penting daripada fikir kebajikkan pasangan ibu dan anak yg demam ini yg terkontang kanting...sedih..tahnaih saudara mazidul kerana menjadi saksi dan berani melawan kenyataan bilionair tony fernandes ni. org2 'miskin' nilah yg buat tony kaya raya sbnrnya...
ReplyDeleteno more Air asia.
ReplyDeleteaIR aSIAL is waiting the right moment to crash !!!!
ReplyDeleteTidak kira siapa yang laporkan,yg sebenarnya ialah sudah sampai masa untuk rakyat Malaysia mengurangkan pengunaan Air Asia kerana mereka hanya mementingkan keuntungan dan berbangga dengan pencapaian kewangan mereka.Banya yang jadi mangsa kepada Air Asia..pengalaman saya semasa ke Semarang,seorang penumpang warga Indonesia di usir dari kapal terbang kerana beliau mengandung.penumpang ini duduk di barisan hadapan,dan saya sempat dengar ugutan dari pegawai Air Asia untuk memanggil polis dan imigresen untuk mengusir penumpang tersebut.bayangkanlah bagaimana kejamnya pegawai2 ini.Mereka ini islam,tapi perangai macam syaitan..marilah kita bersama2 mengurangkan monopoli Air Asia yang sentiasa bodohkan dan mengecaj penumpang yang kurang arif..saya kekadang terpegun dengan sikap pekerja Air Asia yang kononnya hebat dari segalanya...
ReplyDelete