APAKATA MEREKA TENTANG KETEGASAN PDRM KINI


Tindakan PDRM menahan beberapa kepimpinan pembangkang mahupun akbar pakatan pembangkang mendapat respond pro dan kontra ikuti pandangan mereka ini

Apa kata mereka tentang tindakan polis?

- Astro Awani


KUALA LUMPUR:  Tindakan polis menahan beberapa pemimpin pembangkang serta merampas akhbar lidah rasmi parti gabungan Pakatan Rakyat mendapat reaksi yang pelbagai daripada beberapa pihak.
 
PRO
Pengamat politik, Dr. Chandra Muzaffar berpendapat penangkapan beberapa individu di bawah Akta Hasutan 1948 itu sebagai langkah tepat yang diambil oleh pihak berkuasa untuk mempertahankan demokrasi.
 
Katanya, pihak berkuasa berhak menahan mana-mana individu yang menghasut rakyat untuk mencetuskan ketidakstabilan sebagai mencabar suara rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.
 
"Sekiranya pihak berkuasa ada bukti yang kukuh menunjukkan hasutan mereka ialah untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokratik, kerajaan berhak dengan apa jua cara sekalipun untuk mempertahankan demokrasi," kata Chandra kepada Astro AWANI.
 
Chandra bagaimanapun menegaskan tindakan polis itu tidak boleh disamakan dengan Operasi Lalang pada 1987.
 
"Kita harus memahami Ops Lalang itu guna ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). Ini bukan ISA, ini ialah Akta Hasutan. Kesemua yang ditahan boleh dibicarakan di mahkamah. Kita harus memahami perbezaannya," katanya.
 
Chandra merupakan antara 106 yang ditahan pada 27 Oktober 1987 di bawah ISA oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga Perdana Menteri.
 
Dalam pada itu, Chandra menarik perhatian berdasarkan kepada undang-undang sekarang, pihak berkuasa tidak berhak lagi menahan mana-mana individu tanpa perbicaraan.
 
"Ini termasuklah undang-undang melibatkan keselamatan seperti Akta Kesalahan Langkah-Langkah Khas (SOSMA) tetapi yang paling penting ialah mereka (yang ditahan) berhak dibicarakan" tambah beliau.
 
Polis hari ini menahan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua; aktivis pro-pembangkang Haris Ibrahim dan ahli PAS, Tamrin Abdul Ghafar - anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Ghafar Baba - di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
 
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berpendapat tindakan pihak berkuasa bertepatan dengan prinsip demokrasi. Ia bagi mengelak berlakunya ketegangan yang boleh menggugat kestabilan negara.
 
"Tindakan pasukan polis untuk mengambil sebarang langkah-langkah pencegahan kepada aktiviti yang boleh menyebabkan berlakunya keadaan yang 'tension' ataupun keadaan yang tegang dalam negara ini sangat-sangat dialukan," kata Ahli Parlimen Padang Terap daripada Barisan Nasional (BN) itu.
 
Pandangan itu dijuga dikongsi beberapa Ahli Parlimen dan pemimpin Barisan Nasional lain yang bersetuju dengan tindakan polis.


Security of the nation is not negotiable. I'm confident majority of Msians support govt's move to prevent anarchy in this country. @pdrmsia

— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) May 23, 2013
I am confident majority of Msians who voted for PR also do not condone toppling the government forcefully. Anarchy has no place in Msia.
— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) May 23, 2013

KONTRA
Sementara itu, Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong menyifatkan tindakan kerajaan terhadap pembangkang mengimbau kembali Ops Lalang dan menunjukkan "belang sebenar" Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta tindakan BN terhadap musuh-musuh politiknya.
 
"Bagaimanapun, siapakah 'rakyat' yang cuba dilindungi oleh Kementerian Dalam Negeri?" tanya Chin Tong.
 
Beliau yang juga Pengarah Pendidikan Politik DAP menuduh tindakan KDN itu menunjukkan bahawa ia wujud untuk kepentingan politik BN ddan bukannya kepentingan rakyat.
 
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali pula menyifatkan apa yang berlaku ini sebagai patah balik kepada era Dr. Mahathir ketika mana kerajaan, katanya, menyalahgunakan kuasa polis untuk menangani suara rakyat.
 
Katanya,tindakan berhimpun secara aman dan menyuarakan kemarahan atau rasa tidak puas hati terhadap keputusan PRU-13 adalah hak di bahawa Perlembagaan.
 
"(Kerajaan) cuba untuk menakut-nakutkan kita supaya menyerah. Kita mesti terus memperjuangkan hak dan maruah," katanya dalam satu kenyataan.
 
Dalam pada itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar berkata, beliau kesal dengan penangkapan itu yang disifatkannya sebagai "sesuatu yang menyedihkan, tidak adil serta tidak wajar."
 
"Akta (Hasutan 1948) telah terbukti lapuk. Akta seperti itu telah pun dimansuhkan di negara-negara Komanwel," kata Nurul.


PU3:
Sudah lama pu3 menunggu tindakan sebegini dilakukan oleh KDN . Sepanjang tempoh selepas era Tun Dr Mahathir mentadbir Malaysia. Kebebasan tidak terkawal berlaku dilakukan oleh individu-individu yang cuba mencabar perundangan serta memperlekehkan peraturan yang sudah sedia maklum. Selama ini, bukannya tidak berlaku kebebasan seperti mana yang dicanang oleh individu tertentu. Hanya mungkin menjadi sekatan kepada mereka apabila tindakan mereka itu mengajak lebih ramai lagi menyertai mereka yang boleh menimbulkan suasana tidak sihat.


Penangkapan pemimpin pembangkangnmahupun rampasan akbar terbitan pembangkang ini wajar dilakukan untuk mengelak kumpulan pembangkang ini merasa terlalu bebas sehingga tidak menghormati perundangan yang sedia ada. Walaupun dikalangan mereka ini lahir dari kumpulan memiliki tauliah dalam perundangan... mereka tanpa memikirkan dari segi moral dan etika pengamal perundanganterus menjadi master pencetus pelanggaran berkenaan.

Soal penangkapan itu bukan bermakna menyekat kebebasan bersuara dalam memperjuangkan hak rakyat mahupun maruah negara. Mereka menjadikan 'kebebasan bersuara' 'demokrasi' dan 'hak rakyat' dalam acuan dalam agenda kumpulan mereka sendiri dan  bukan  mewakili sebenar-benarnya yang mencerminkan perkara utama hak rakyat.

Nurul izzah menyatakan bahawa peraturan ini adalah perundangan lapuk serta sudah dimansuhkan di beberapa negara komenwel. Semalam, apa yang berlaku di England itu sendiri.. kebebasan tidak terkawal antara punca rusuhan berlaku dan pembunuhan anggota tentera oleh orang awam yang tidak berpuas hati dengan polis? Adakah cara sedemikian diagungkan oleh nurul izzah? Rakyat sesuak hati melakukan tindakan mengikut kehendak hati mereka kepada individu lain hanya kerana hak mereka dicabar? Bukankah cara ini sama seperti zaman sebelum manusia bertamadun. Kekuatan adalah kunci mereka berkuasa, keganasan sebagai tangga untuk berjays? Begitukah? Adakah itu dikatakan demokrasi? So pilihanraya pula untuk apa pada kaca mata mereka?

Hal membantah atau menentang penangkapan dilakukan oleh nurul izzah mahupun pemimpin pembangkang ini lebih kepada memperjuangkan kuncu-kuncu mereka yang sudah ada bukti melakukan aktiviti menghasut kepada berlakunya cetusan suasana tegang itu.

Pu4 bersetuju dengan tindakan penangkapan ini dibuat oleh PDRM di bawah tadbir KDN yang melaksanakan pengawalan kepada mengamalan secara betul dalam mematuhi perundangan yang sudah diluluskan oleh pemimpin. Andai tidak setuju merasa ia lapuk, pemimpin pembangkang yang menjadi wakil rakyat boleh bergotong-royong membuat usul pemansuhan tersebut ralam Dewan Rakyat yang bakal bersidang pada 24hb Jun 2013 ini.

Kepada seluruh barisan PDRM. Pu3 sokong anda dalam memastikan keamanan negara.!!!!!

Comments

  1. ketegasan terpilih hanya yg berbulu PR ditangkap, yg berbulu be end tiada tindakan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts