JANGAN MANIPULASI PEEPADUAN NASIONAL : TEO CHEE KANG


KOTA KINABALU: Semua pihak, termasuk pemimpin pembangkang, diingatkan supaya tidak memanipulasi perpaduan nasional yang dinikmati rakyat pelbagai kaum di negara ini, kata Menteri Tugas-Tugas Khas Negeri yang baru dilantik, Datuk Teo Chee Kang.

Beliau berkata, ini kerana perpaduan adalah kunci kejayaan negara ini terutama dalam pembangunan infrastruktur dan sosioekonomi. 

"Sebab itu, adalah penting kerajaan mahupun pembangkang menguruskan polemik ini dengan baik dan mengekalkan suasana harmoni, aman dan damai," katanya pada sidang media sempena hari pertama memulakan tugas di pejabatnya di Wisma Innoprise di Likas, dekat sini, hari ini.


Teo berkata, terdapat beberapa pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menggugat keharmonian rakyat majmuk di negara ini.

"Beberapa pihak mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan serta fitnah untuk memecah belahkan perpaduan rakyat di negara ini...inilah yang patut kita elakkan demi kebaikan semua pihak," katanya.

Pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, Teo memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Kapor dengan majoriti 1,985 undi.

Pada pilihan raya itu, Barisan Nasional (BN) negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman memenangi 48 daripada 60 kerusi DUN dan 22 daripada 25 kerusi Parlimen. 

- BERNAMA

Comments