LAGI PENIPUAN CYBERTROOPERS DAP!!!!
Kisah blackout yang digembar-gemburkan oleh penyokong DAP sebenarnya telah dirancang dengan baik oleh DAP.
Selain dari memulakan khabar angin di media social, petugas-petugas DAP (polling agents) telah bersedia dengan lampu suluh di pusat pengiraan undi.
Video parodi ini juga telah dimuatnaik ke YouTube pada hari pembuangan undi.
Bagaimana mereka boleh menyiapkan video ini dan menerbitkannya di YouTube dalam tempoh yang singkat?
Jika diambil kira perbezaan waktu pun, video ini dianggarkan dimuatnaik sekitar jam 1:30 pagi 6 Mei, hanya beberapa jam selepas keputusan rasmi diumumkan.
Video ini telah dirakam dan disunting secara profesional, bukannya dirakam menggunakan telefon pintar.
Ini bermakna mereka telah pun menyiapkan video ini sebelum hari mengundi lagi.
Baru beberapa hari, video ini telah ditonton lebih 500,000 pengguna YouTube.
Taktik cybertroopers DAP sangat licik di internet dan penipuan ini harus didedahkan, satu persatu.
Sumber:Sahabat Gunung
Dah dirancang. Mestilah ready.
apakata dekat ijok, taiping perak ada sabotaj, letrik di tutup beberapa kali sewaktu nak kira kertas undi.lepas tu depa bising kata ada blackout dan penipuan undi
ReplyDelete