BUDAK 'PR' SIBUK DEMO JALANAN. ANAK FELDA TAWAN EVEREST.


Tahniah pu3 ucapkan kepad 4 anak Felda yang membuktikan bahawa warga Felda mahupun rakyat Malaysia berjaya menawan puncak Gunung Everest yamg tertinggi di dunia. Suatu tika dahulu, pu3 tidak boleh bayangkan akan ada anak Malaysia berjaya sampai ke bumbung dunia ini.

Baca dulu...

KUALA LUMPUR:  Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada empat anak Felda atas kejayaan mereka menawan Gunung Everest hari ini.

Perdana Menteri berkata kejayaan pendaki 'Everest Felda 2013' bersama dua jurulatih itu memberi inspirasi kepada seluruh warga Felda.

"Tahniah kepada empat anak Felda dan dua jurulatih mereka yang berjaya tawan Gunung Everest hari ini. Kejayaan ini adalah inspirasi kapada seluruh warga Felda," katanya dalam tweet beliau hari ini.

Menurut sumber, pendaki termuda Mohd Nasuha Shamsuddin, 21, menawan Gunung Everest pada ketinggian 8,848 meter dari paras laut pada 8.31 pagi waktu Nepal (2.05 pagi waktu Malaysia).

Ini diikuti Mohamad Asyraf Mohd Halim, 25, pada 8.48 pagi (3 pagi waktu Malaysia) dan Muhammad Hafizuddin Ibrahim, 22, pada 9.11 pagi (3.25 pagi waktu Malaysia).

Mereka merupakan sebahagian daripada lima anak Felda dari Negeri Sembilan, Johor dan Pahang yang terbabit dalam ekspedisi 'Everest Felda 2013', anjuran Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B).

Ekspedisi yang bermula sejak 2 April lepas itu turut mendapat kerjasama Majlis Belia Felda dan Felda Global Venture Holding (FGVH).- BERNAMA

Hahahaha..... anak muda menguasai akal minda melawan nafsu telah membuktikan mereka mampu berjaya dalam apa jua bidang yang merka ceburi atau pilih.

Malangnya.. budak-budak pakatan pembangkang dok sibuk mencanang mengajak orang lain buat demo jalanan. Kata nak perjuangkan demokrasi. Pilihanraya baru sahaja berlalu. Demokrasi berparlimen telah dilaksanakan. Namun mulut gagak hitam ni masih lagi memekak nak pula buat demo kononnya nak melawan pilihanraya yang tidak adil. Kononnyalah. Nak tunjuk mereka ini anak muda yang berjuang atas KEBENARAN menentang KEZALIMAN. 

Mereka ni berkempen buang masa tidak mendatangkan apa-apa kebaikan pun. Yang tengah belajar.. tinggalkan pengajian . Ada belajar sekadar hadir sehingga prestasi cukup-cukup lulus. Yang bekerja.. asyik menentang kerja.. busy berdemo.. peliknya masa gaji.. cepat bebenor kad gaji ditenyeh ke mesin ATM. ... kasihan sungguh majikan yang mengambil mereka bekerja ni. Kasihan juga ketua jabatan dok pening nak letak apa pada borang prestasi kakitangan yang kerja tak ada... gaji buta tetapi dok teriak kata kerajaan zalim. Low class sungguh

Apapun.. tahniah kepada warga Felda yang berjaya melahirkan generasi yang berkualiti membawa nama Malaysia

Comments

Popular Posts