KALAU NAK PERHATIAN. BAIK DIRECT BUKAN OPEN WALL!!!


Nak kata buta.. ndak juga. Mau dibilang ndak kenal nombor.. mustahil juga. Bayangkan. Tarikh mula projek 16hb mei 2013. Ikut kiraan hari ini baru seminggu sign board itu dipasang .


Sebenarnya ia bukan  isu. Tetapi dijadikan isu oleh pengguna akaun fb bernama 'Beth Ujan Paulus' ini. boleh diagaklah dia ni sah tidak tahu apa-apa tetapi nak berlagak konon membela perkara yang dia perasan sangat didera.


Pu3 tidak akan sentuh komen-komen bodoh jadi batu api yang menyentuh hal 5 tahun itu. Pokok topik menjadi perhatian pu3 adalah.. perkara 'magic stick' oleh Beth Ujan paulus ini. Adakah dia tidak mengkaji dahulu tarikh bermula projek itu dilaksanakan? Sign board dipasang sebelum PRU? Ada buktikah sign board ini sememangnya sudah dipasang? Walau sebelum PRU pun dipacakkan.. tarikg mula projek dilaksanakan adalah 16hb mei 2013.



Betul seperti yang diulas oleh YB Datuk rosnah. Banyak faktor cuaca juga perlu diambil kira dalam menaiktaraf jalan raya ni. Semasa melakukan pembersihan atau penggredan.. takkan masa hujan tanpa henti atau hujan seketika berhenti kemudian hujan pelaksanaan kena teruskan. Semasa penggredan.. tanah kuning akan diletak di atas jalan. Hujan turun.. jangankan kereta.. 4x4 pun meraung semasa melalui jalan tersebut. Salah jaga stering.. boleh terbabas ke tepi jalan! Kerana terlalu becak dan licin.

Kalau becak atau dalam bahasa melayu sabah 'licak' bising lagi bilang menyusahkanlah. Bagus lagu jalan lama lah. Macam-macam bunyi asal janji ada status di fb konon suara rakyat pada hak suara sendiri!

Lagipun... soal sebegini.. bukankah lebih elok terus saja rujuk ke jabatan kerja raya kawasan untuk memastikan status projek tersebut. Jangan hanya melihat seminggu berlalu tanpa melihat konon apa-apa perubahan di tempat letaknya sign board terus melenting.

Biasanya.. jika board sudah dipasang. Kena kenal pasti juga lokasi mula dan akhir projek itu. Mungkin board tu dipasang di lokasi akhir projek.. sudah pasti jentera berada di kawasan permulaan penaiktarafan. Setakat ambil gambar signboard saja.. itu belum membuktikan pelaksanaan belum berlaku.

Kalau mau menghentam sekalipun... kasih rajin kaki tu bergerak ke kawasan dalam lingkungan naiktaraf jalan. Kalau benar tiada.. buktikan dengan gambar lain. Sekeping sahaja tidak boleh dijadika  bahan bukti kononnya apa yang tertera pada signboard itu tidak berlaku.


Nasiblah si beth ni tagging pada pemimpin muda yang baru sahaja dilantik memegang portfolio dikementeria  kerjaraya dan sememangnya beliau alert dengan part-part tagging pict ke fb beliau. Respond beliau ada kebenarannya.

Apapun.. nasihat pu3.. kalau mau buat provoke apa sekalipun.. sila buat kajian terperinci. Jangan sekadar ambil gambar dan buat posting status benda yang kembali menunjukkan sendiri tidak buat persediaan. Setakat mau glamour seketika.

Lagipun.. buat status sebegini.. bukan semua yang bagi respond sesuai dengan status yang diletakkan. Adalah kaki-kaki provoke melepas rasa memberi komen bukan penyelesaian malahan memanaskan keadaan.  Andai si beth ni jujur mau minta perhatian masalah di kampungnya itu. Boleh saja dia inbox terus kepada pemimpin yang dirasakan berkaitan untuk  perhatian  mereka. So jawapan pun  akan lebih kepada jawapan tepat dari pemimpin tanpa wujudnya orang ketiga yang selakunya bukan memulihkan ketegangan!

Tepuk dada tanya nawaitulah geng!

Comments

Popular Posts