'SAYA TIDAK TAHU SIAPA 7 PEMIMPIN DISIASAT' : HISHAMMUDDIN
KUALA LUMPUR: "Saya tidak tahu siapa tujuh pemimpin UMNO yang dipantau," kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Bagaimanapun tegas Hishammuddin, tindakan seperti itu adalah perkara biasa yang dilakukan dalam parti .
"Itu adalah perkara biasa. Apa yang diumumkan Setiausaha Agung akan dijalankan melalui saluran dalaman parti. Saya tidak tahu siapa (terlibat)," katanya semasa sidang media selepas majlis pra-pelancaran Malaysian United Run oleh Institut Onn Jaafar di Kementerian Pertahanan Jalan Padang Tembak, di sini hari ini.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa parti itu sedang memantau tujuh pemimpin parti itu sebelum dirujuk kepada lembaga disiplin susulan kenyataan dan tindakan yang didakwa merugikan UMNO.
Tengku Adnan bagaimanapun tidak mendedahkan nama tujuh pemimpin Melayu yang terlibat.
Baru-baru ini, bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah berdepan tekanan hebat serta menerima surat tunjuk sebab kerana menghadiri sidang meja bulat pembentukan blok pembangkang, Pakatan Harapan pada 22 September lalu. - ASTRO AWANI
Comments
Post a Comment