PENAFIAN DS NAJIB TEPAT MASA KALI INI

Semalam LADY memang tak menjenguk langsung berbualan rakan-rakan di media sosial. Rupanya dalam 2 hari berehat ( kena fokus kehidupan sebagai pelajar) ada pula dah cerita lawak bangang yang diviral oleh pihak sebelah yang tak rasa HIDUP agaknya kalau tak mencipta sesuatu FITNAH!

Kali ini.. mereka bertanggapan strategi mengaitkan kerajaan BN dengan israel sekali lagi boleh menimbulkan kebencian rakyat kepada YAB PM DS Najib. ( Israel adalah musuh utama orang Islam dan individu yang bencikan tindakan ganas Israel) Serangan kali ini lebih kepada serangan PRIBADI kepada pemimpin no 1 negara. Agaknya pihak pembangkang dan pencipta fitnah melihat... strategi menyerang parti tak boleh jalan punyalah! Dan menilai isu KONON DALAM PARTI SENDIRI SEDANG ADA USAHA NAK MENJAHANAMKAN .. mereka timbulkanlah serangan terus pribadi!!

Penafian DSNajib  dengan cepat kali ini sememangnya LADY boleh menarik nafas lega dan senang hati. Tindakan bijak dengan segera membuat penafian. Tak perlu tunggu 'masa tepat' seperti kes-kes yang dulu-dulu walau 'masa tepat' itu hanya andaian.. walhal ia berlalu sehingga cerita KARUT dah peribgkat nazak menunggu maut! Tahniah YAB PM kali ini!!!! Ini baru dinamanya tindakan 'masa tepat' yang sebenarnya! Taklah biarkan pihak pembangkang berfiesta lama.

Sila baca ini:
PM  JAWAB FITNAH PEMBANGKANG BELIAU ADAKAN PERJUMPAAN DENGAN BENYAMIN NETANYAHU
Oleh Lokman Adam


Menurut YAB Perdana Menteri, adalah tidak benar beliau mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Israel, Benyamin Netanyahu sepertimana didakwa pembangkang.  "Saya hanya terserempak dengan beliau dekat pintu di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebab dia berucap sebelum saya", ujar Najib.

"Lepas tu saya berucap. Bila saya keluar, waktu saya keluar untuk menunggu kereta, kebetulan dia ada tepi tu, bukan hanya beliau tetapi PM Turkey dan Nicaragua juga ada", jelas Najib lagi.

"Jadi dia salam dgn saya, saya salam dengan dia lah. Bukan ada apa-apa . bukan pertemuan, terserempak.  By sheer coincidence i bumped into him at the entrance of united nations", tegas PM.

Menurut Najib lagi, "Ini boleh disahkan oleh Menteri Luar dan wakil duta di US serta wakil tetap kita ke PBB.  Banyak orang yang boleh sahkan ini bukan pertemuan tetapi secara kebetulan".

Juga dijelaskan disini bahawa, PM tidak menghadiri upacara menaikkan Bendera Palestin dan mewakilkan kepada Menteri Luar kita disebabkan jadual yang telah disusun awal untuk beliau menghadiri majlis Makan tengahari bersama komuniti perniagaan Amerika bagi mengukuhkan keyakinan mereka terhadap Malaysia yang sedikit sebanyak terjejas akibat fitnah dan sabotaj pihak yang tidak bertanggungjawab.

Nampaknya pembangkang cukup cemburu dengan kejayaan PM dan deligasi kita ke Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu tahun ini.  Kalau nak fitnahpun patut-patutlah, satu dunia tahu betapa lantangnya PM mengecam kezaliman Israel ke atas Palestin.

Jom kita sambut kepulangan wira kita dari PBB esok (isnin) 5 Oktober jam 8.30 pagi di Kompleks Bunga Raya KLIA. Hidup Palestine!

Sila baca di sini :

Najib nafi adakan pertemuan dengan Netanyahu di PBB
Bernama | Kemas kini: Oktober 04, 2015 (Diterbitkan pada: Oktober 04, 2015 21:52 MYT)
Najib nafi adakan pertemuan dengan Netanyahu di PBB


MILAN:  Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan kononnya beliau mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sewaktu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata beliau sebenarnya telah bertembung dengan pemimpin itu di sebuah pintu di ibu pejabat PBB selepas Netanyahu selesai berucap dan giliran beliau pula selepas itu.

"Bukan saya jumpa...terserempak dekat pintu masuk ke PBB sebab dia berucap sebelum saya. Lepas tu saya berucap," beliau berkata demikian bagi menjawab soalan mengenai gambar beliau yang dikatakan bertemu dengan Netanyahu yang disebarkan di laman sosial.

Beliau berkata demikian pada akhir lawatan kerja ke Itali selama tiga hari mulai Jumaat.

Beliau berkata pada masa itu pemimpin itu sedang menunggu keretanya.

"Jadi dia salam dengan saya, saya salam dengan dialah. Bukan ada apa-apa, bukan pertemuan. Terserempak secara kebetulan sahaja. Ini boleh disahkan oleh Menteri Luar dan wakil duta di Amerika Syarikat dan Wakil Tetap Malaysia di PBB," katanya.

Najib berkata jika beliau mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Israel itu tentulah ia dalam keadaan yang lebih formal.

Beliau berkata orang ramai dapat membezakan perkara yang benar dan sebaliknya.

"Apa-apa boleh menjadi viral. Apabila anda viral, mereka memberi gambaran salah mengenai kebenaran. Ini adalah bahaya media sosial," katanya. - BERNAMA

Comments

Popular Posts