Followers

MALAYSIA KUTUK KERAS SERANGAN BOM DI ANKARA : NAJIB


KUALA LUMPUR:  Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan dalam serangan bom di Ankara, Turki semasa perhimpunan aman semalam.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau sedih insiden itu telah menyebabkan kehilangan nyawa apabila berita asing melaporkan 97 orang terbunuh setakat ini.

"Adalah penting sentiasa menghormati hak orang lain untuk berhimpun secara aman berdasarkan peruntukan undang-undang.

"Tiada siapa pun yang boleh melakukan keganasan hanya kerana anda tidak berkongsi pandangan yang sama. Ingatan dan doa saya kepada keluarga mangsa yang terlibat," katanya dalam laman Facebook rasminya hari ini.

Agensi berita Reuters memetik pembangkang Turki, Parti Rakyat Demokratik (HDP) yang pro-Kurdish mengatakan bahawa angka kematian dalam serangan bom berkembar pada perhimpunan aktivis di ibu negara Ankara meningkat kepada 97. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment