MASIDI GESA PENJAWAT AWAM SABAH SESUAIKAN DIRI DENGAN KEPERLUAN ICT


KOTA KINABALU:  Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun Khamis menggesa penjawat awam Sabah supaya menyesuaikan diri mereka dengan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) sejajar dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan perkhidmatan awam.


Beliau berkata ini adalah kerana pembangunan ICT semasa berdasarkan pentadbiran pintar yang memerlukan penjawat awam supaya pantas dalam menyesuaikan diri dengan trend terkini supaya kekal relevan dalam melaksanakan pelan pembangunan.

"Penjawat awam yang tidak biasa dengan ICT mungkin membantutkan pelaksanaan berkesan sesuatu aplikasi terutamanya dalam memajukan kreativiti dan inovasi untuk memberikan perkhidmatan dan barangan yang berkesan dan menjimatkan kos," katanya pada majlis penutupan seminar ICT sektor awam di sini, Khamis.

Seminar yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Komputer negeri, dihadiri kira-kira 170 peserta daripada kementerian itu dan agensinya.

Antara matlamat seminar itu ialah memperkenalkan konsep kerajaan pintar untuk pelaksanaan berterusan inisiatif e-kerajaan dan perkhidmatan dalam talian.

Sementara itu, Masidi yang memetik laporan pada 12 Jan lepas oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), berkata ia menunjukkan kerajaan negeri Sabah adalah pengguna tertinggi perkhidmatan dalam talian di dalam negara ini pada kadar 91.39 peratus.

Pada seminar itu Masidi juga melancarkan Twitter rasmi kementerian itu(@ke_pkas). - BERNAMA

Comments

Popular Posts