Followers

AWIE 'DIPAKSA' TPM AHMAD ZAHID MENYANYI DI MAJLIS RAI AHLI KELAB MOTOSIKAL


JITRA:  Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat kejutan dengan 'memaksa' penyanyi Kumpulan Wings, Awie, naik ke pentas menyanyi pada satu acara di Tasik Darulaman di sini, hari ini.


Ahmad Zahid secara berseloroh membuat satu permintaan khas dengan meminta penyanyi rock terkemuka tanah air itu untuk naik ke pentas bagi menyampaikan lagu tanpa sebarang bayaran.

Ajakan spontan itu dibuat beliau dalam satu majlis beramah mesra bersama penunggang motosikal berkuasa tinggi sempena Festival Pertubuhan Kebangsaan 2015.

Awie adalah antara 3,000 ahli kelab motosikal berkuasa tinggi yang hadir di festival itu.

Dia bersama pemain dram kumpulan Wings, Black, naik ke pentas bagi memenuhi permintaan Ahmad Zahid dan menyampaikan lagu popularnya "Terima Kasih." - ASTRO AWANI

No comments:

Post a Comment