Followers

MH17: MALAYSIA AKAN DISERTAI ANGGOTA TIDAK TETAP UNSC YANG BAHARU TAHUN DEPAN


NEW YORK:  Malaysia akan disertai beberapa anggota tidak tetap yang baharu dalam Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada 2016.


Dalam pusingan tunggal pengundian pada Khamis, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memilih Mesir, Jepun, Senegal, Ukraine dan Uruguay untuk berkhidmat sebagai anggota tidak tetap UNSC bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Januari, 2016 sehingga 31 Disember, 2017.

Tempoh dua tahun Malaysia sebagai anggota tidak tetap UNSC akan berakhir pada penghujung 2016.
Lima kerusi anggota tidak tetap yang baharu untuk pemilihan pada 2015, diagihkan berdasarkan geografi serantau adalah: dua kerusi untuk Kumpulan Afrika (dua anggota semasa Chad dan Nigeria akan dikosongkan dari 2016); satu kerusi untuk Kumpulan Asia Pasifik (akan dikosongkan oleh Jordan); satu kerusi untuk Kumpulan Negara-negara Amerika Latin dan Caribbean (akan dikosongkan oleh Chile); dan satu kerusi untuk Kumpulan Eropah Timur (kini dipegang Lithuania).

'Eropah Barat dan Kumpulan Lain' tidak bertanding sebarang kerusi tahun ini kerana dua kerusinya (kini dipegang New Zealand dan Sepanyol) adalah untuk pemilihan bagi setiap tahun kalendar.

Lima anggota tetap UNSC, yang masing-masing mempunyai kuasa veto ialah China, Perancis, Rusia, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Anggota tidak tetap yang akan kekal dalam majlis sehingga akhir 2016 ialah Angola, Malaysia, New Zealand, Sepanyol dan Venezuela.

Kedatangan Ukraine sebagai anggota tidak tetap akan menyaksikan kerjasama aktif antara negara itu dengan Malaysia yang bersama-sama dengan Australia, Belgium dan Belanda, akan dapat mengharapkan sokongan aktif dalam meneruskan 'MH17' yang juga subjek dalam laporan yang baru dikeluarkan oleh Lembaga Keselamatan Belanda (DSB).

Kedua-dua pentadbiran Amerika Syarikat dan Setiausaha Agung PBB 'mengalu-alukan' penemuan konklusif oleh DSB berkenaan pesawat MH17 yang ditembak jatuh itu, merujuk kepada pejuang pemberontak pro-Rusia di Timur Ukraine.

"Saya percaya Ukraine akan bekerjasama secara aktif dengan Malaysia untuk meneruskan siasatan kes jenayah ini," kata seorang diplomat Asia yang biasa dengan kedua-dua negara kepada Bernama dan tidak mahu namanya disiarkan.

Di bawah Piagam PBB, Majlis Keselamatan mempunyai tanggungjawab utama untuk memelihara keselamatan dan keamanan antarabangsa. Setiap satu anggota majlis mempunyai satu undi.

Di bawah Piagam itu, kesemua negara anggota PBB mempunyai kewajipan untuk mematuhi resolusi UNSC.

Majlis Keselamatan terus memainkan peranan utama dalam menentukan kewujudan ancaman kepada keamanan dan perbuatan pencerobohan.

Ia secara tradisionalnya memanggil pihak-pihak bertelagah untuk menyelesaikannya secara aman dan mengesyorkan kaedah pelarasan atau terma penyelesaian.

Dalam sesebuah kes, Majlis Keselamatan boleh mengambil jalan keluar dengan mengenakan sekatan atau membenarkan penggunaan kekerasan untuk mengekalkan atau memulihkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Ia juga mencadangkan kepada Perhimpunan Agung pelantikan Setiausaha Agung dan kemasukan anggota baharu dalam PBB.

Majlis Keselamatan PBB, bersama-sama Perhimpunan Agung, memilih hakim-hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa. - BERNAMA

1 comment:

  1. Sebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 atau silahkan KLIK DISINI dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.
































































































































































































































































































































































































































































    ReplyDelete