Followers

NAJIB SERTAI MAJLIS BACAAN YASIN SEMPENA MAAL HIJRAH DI MASJID NEGARA


KUALA LUMPUR:  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama ribuan orang hadir di Masjid Negara untuk menyertai majlis bacaan Yasin pada Selasa malam sempena Maal Hijrah 1437H/2015M.


Najib yang berbaju Melayu berwarna kelabu dan sampin berwarna ungu tiba pada pukul 7 malam dengan diiringi bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa akhir tahun, disusuli dengan doa awal tahun sebelum diteruskan dengan solat Maghrib.

Ia kemudian diteruskan dengan bacaan Yasin, tahlil, doa selamat serta solat Isyak yang diketuai Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syeikh Ismail Muhammad.

Terdahulu diadakan Forum Khas Maal Hijrah yang bertajuk 'Perpaduan Nadi Transformasi Negara', yang turut disiarkan secara langsung melalui TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan esok bermula di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur iaitu Dataran Merdeka, Padang Merbok, Muzium Negara, Masjid Jamek dan Muzium Kesenian Islam Malaysia sebelum bertumpu di Masjid Negara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment