'JANGAN BUAT AKTIVIRI SEWENANG-WENANGNYA JIKA BELUM BERDAFTAR ': ZAHID


JITRA:  Pertubuhan yang belum berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS) diberi amaran keras agar tidak memulakan sebarang aktiviti jika tidak mahu kerajaan mengambil tindakan terhadap mereka.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Doktor Ahmad Zahid Hamidi, berkata  kerajaan bersikap terbuka dengan meluluskan 116,000 pendaftaran pelbagai persatuan, pertubuhan bukan kerajaan, badan amal, parti politik dan lain-lain di negara ini.

Katanya, ini menunjukkan ketelusan kerajaan dalam memberi hak kepada rakyat untuk menjalankan pelbagai aktiviti dan program tanpa sekatan.

Namun, Zahid menegaskan bahawa ketelusan kerajaan itu bukan bermakna segala program dan aktiviti itu dapat dilaksanakan dengan sewenang-wenangnya dan berselindung atas nama pertubuhan yang tidak berdaftar.

"Cukup terdapat banyak NGO sekarang yang pelbagai nama sebenarnya yang masih belum didaftarkan.

"Saya ingin memberitahu agar NGO berkenaan jangan bergerak, selagi belum mengemukakan pendaftaran pada RoS, dan jangan mencari publisiti murahan jika jawatankuasa penajanya tidak mengemukakan permohonan kepada RoS," katanya ketika majlis Pertubuhan Kebangsaan di Tasik Darulaman, Jitra hari ini.

Menurutnya, kerajaan tidak pernah menyekat mana-mana pihak bersuara dalam bentuk satu ikatan ataupun gabungan dengan syarat mereka mengemukakan permohonan berdasarkan peraturan yang ditetapkan. - ASTRO AWANI

Comments

Popular Posts